Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Duvo upisol SPRM om songuhun dazanak nopujulan kiniopon id kinohigaganan talun alun id Labuan |  10,778 unit hamin todoon id lahan pisokodungan do LPPB |  62 GERAN KOMUNAL PINAHABUS POLINTA |  Perkeso harap program pencegahan kurangkan kadar kemalangan |  Dua Pegawai SPRM dan bayi lelaki maut nahas jalan raya |  Cuepacs akan serah cadangan penjawat awam terus carum Perkeso kepada JPA |  Kalangan guru diberi amaran tidak buat perniagaan tanpa hirau waktu kerja |  K'jaan negeri ambil perhatian serius implikasi GST: Ramlee |  LPPB Sabah rancang bina 10,778 unit rumah mampu milik, kata Zakaria |  62 Geran Komunal dikeluarkan sehingga 31 Mei tahun ini: Musa |  Empat pelancong parah kereta dilanggar keretapi |  LAPORAN PERTEMPURAN TIDAK BETUL: KETUA ESSCOM |  Moyes kicks off United tenure at Swansea |  Justin: A match we can’t afford to lose |  Golf For Girls programme bearing fruit | 
 BM

Ijazah palsu: Polis rekod keterangan 40 individu

3rd August, 2012

SHAH ALAM: Polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu termasuk bergelar Tan Sri dan ahli politik bagi membantu siasatan kes pembelian ijazah palsu daripada sebuah syarikat di Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mereka yang terlibat dan belum diambil keterangan diminta untuk tampil membantu pihak polis menyelesaikan siasatan kes tersebut.

Beliau memberi jaminan bahawa individu yang tampil memberi keterangan tidak akan ditahan.

“Ijazah ini tidak diiktiraf dan tidak disahkan kerajaan. Oleh itu, kita minta mereka yang terbabit membeli ijazah palsu ini agar tampil ke depan secara sukarela,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini kelmarin.

Pada 16 Julai lepas, sebuah akhbar tempatan membongkar kegiatan menjual ijazah palsu oleh institusi pendidikan di Subang Jaya yang mendakwa bekerjasama dengan tiga universiti luar negara sebagai rakan usaha sama mereka.

Dalam laporan itu, institusi terbabit didakwa menawarkan ijazah pada harga RM6,500 bagi sarjana muda, RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (PhD), dan seramai 525 graduan palsu termasuk orang kenamaan telah membeli ijazah itu tanpa perlu menghadiri kuliah, mengambil ujian dan menghantar kertas kerja.

Sementara itu mengenai kes rompakan kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Jalan Kebun di sini, semalam, Thaiveegan berkata polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang dipasang di pasar raya berkenaan dan dalam proses mengambil keterangan daripada beberapa saksi di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi semalam, sekumpulan lelaki bersenjatakan tukul besi, parang dan sejenis alat dipercayai pistol telah merompak kedai emas dengan memecahkan cermin pameran dan melarikan barangan kemas bernilai RM10,000 dalam 40 saat.

Kesemua suspek berpakaian sedondon berwarna kuning berjalur merah dan berjaket hitam serta bertopi keledar tutup muka penuh.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline