Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

PERUNTUKAN RM287 JUTA

3rd August, 2012

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Per- sekutuan akan menyediakan peruntukan RM287 juta kepada Kum- pulan Wang Simpanan Negeri pada tahun 2014 bagi membiayai caruman Pemberian Kepada Negeri- negeri Yang Menghadapi Kekurangan Wang Dalam Akaun Mengurus sebanyak RM30 juta.

Perdana Menteri berkata pemberian itu juga berdasarkan tahap pembangunn ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup RM257 juta.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mes- yuarat Majlis Kewangan Negara di bilik mesyuarat utama Kementerian Kewangan di sini.

Katanya enam kertas dibincang- kan dalam mesyuarat hari ini yang menyentuh soal kepentingan bersama kerajaan Persekutuan dan Negeri, serta perkara-perkara yang melibatkan pengurusan kewangan kerajaan negeri dan isu-isu yang berkaitan.

Najib berkata Majlis Kewangan Negara juga mengambil maklum Laporan Audit ke atas Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) yang dijalankan Kementerian Kewangan di semua Negeri, yang antara lain mengenal pasti beberapa perkara yang perlu diperbetul dan ditambah baik demi keselamatan dan keselesaan penguna.

“Yang penting ialah penekanan yang diberikan dalam mesyuarat ini supaya wang yang disediakan kerajaan Pusat itu benar-benar digunakan se- penuhnya bagi tujuan penyelengga- raan jalan,” katanya.

“Bagi 2011 jumlah pemberian yang disalurkan ialah RM2,591 juta berbanding RM1,087.5 juta pada 2006, iaitu peningkatan 138 peratus atau secara purata bertambah pada kadar 27.6 peratus setahun,” katanya.

Oleh kerana ada kerajaan negeri didapati tidak membelanjakan sepe- nuhnya peruntukan yang disediakan, beliau berkata satu makmal akan diadakan Oktober ini bagi menggubal garis panduan yang lebih komprehensif mengenai tata cara pengurusan serta penggunaan pemberian penyelenggaraan negeri dan semua kerajaan negeri bersetuju untuk menyertainya.

Menurutnya, ini kerana rakyat mengharapkan jalan-jalan negeri diselenggara dengan baik, dan kerajaan pusat dapat membantu melalui kaedah ini, namun yang penting sekali ialah untuk memastikan bahawa dana itu digunakan bagi maksud ia diwujudkan.

Najib berkata mesyuarat juga dimaklumkan bahawa kedudukan pinjaman kerajaan negeri kepada kerajaan pusat menurun RM1.6 bilion atau 8.4 peratus, iaitu daripada RM19.1 bilion pada 2010 berbanding RM17.5 bilion pada 2011.

Beliau berkata jumlah bayaran balik pinjaman oleh kerajaan negeri juga bertambah baik iaitu RM790.6 juta pada 2011, berbanding RM434.1 juta pada 2010.

“Sebahagian besar pengurangan ini adalah disebabkan pengambilalihan pinjaman oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), yang mana sehingga kini PAAB telah mengambil alih pinjaman projek bekalan air bagi lima negeri yang berjumlah RM3,496.3 juta,” katanya.

Pecahannya ialah Pulau Pinang RM655.2 juta, Perlis (RM75.1 juta), Negeri Sembilan (RM1,128 juta), Melaka (RM764.2 juta) dan Johor (RM873.7 juta).

Perdana Menteri seterusnya berkata Majlis Mesyuarat pagi ini turut memberi taklimat mengenai perkembangan ekonomi semasa, serta unjuran untuk tahun akan datang, di samping pembentangan mengenai tinjauan ekonomi global.

Sementara itu, semasa menjawab satu pertanyaan sekiranya soal defisit negara turut dibangkitkan dalam mesyuarat, Najib mengiyakan perkara itu dan berkata “pengurangan defisit kerajaan persekutuan berada pada landasan tetapi keseluruhan perangkaannya akan dibentangkan di dalam Belanjawan.”

Merujuk kepada makmal yang akan diadakan Oktober ini pula, Perdana Menteri berkata, ia juga akan mengenal pasti soal mengapa sesetengah negeri tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan yang disediakan mengikut tatacaranya, dan keputusan makmal itu akan diumumkan kepada orang ramai tidak lama kemudian.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline