Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Late T-Team skipper Faramola to be buried in KL |  Late T-Team skipper Faramola to be buried in KL |  Biggest charity run in KK on August 29 |  Momogun welcomes assistance overcoming poverty |  RM8.84 mil for new jetty in Kudat |  Mother with stage 4 lung cancer in need of ‘O’ blood donors |  Legal action if 999-year leases not restored |  Wat Thamfad officials visit KK Children Home |  Rotarians work together for common good |  Quake has altered streams in affected areas |  Mass fish deaths after earthquake due to siltation |  Ops to combat integrity breaches among civil servants in ESSZONE |  District office ends river surveillance |  New quake-proof building guidelines must incorporate Eurocode 8 |  No tsunami if quake in shallow sea, says geologist | 
 BM

SATU MAUT, 4 HILANG

270712_front_shipfire
TERBAKAR … Kapal tangki MT Bunga Alpine milik Syarikat MISC tersadai di jeti.

27th July, 2012

LABUAN: Sebuah kapal tangki MT Bunga Alpine milik Syarikat MISC terbakar kertika sedang melaku- kan kerja-kerja memuatkan bahan Liquid Methanol ke dalam kapal berkenaan di jeti Petronas Methanol, Jalan Ranca-Ranca dekat sini awal pagi kelmarin.

Ketua Pegawai Penyelaras Operasi Menyelamat Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) Wilayah Persekutuan Labuan, Left Komander Nor Azmi Mohd Dahan, berkata kapal seberat 25,079 metrik tan serta berukuran 180 meter panjang dan 32 meter lebar dengan membawa 32 anak kapal terbakar sekitar jam 2.30 pagi Kesemua anak kapal yang selamat itu masih belum dapat disahkan kewarganegaraan mereka.

Akibat dari kebakaran itu, empat anak kapalnya masih hilang dipercayai terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, manakala seorang lagi maut dan 26 yang lain berjaya dise- lamatkan, bagaimanapun seorang daripada yang selamat cedera ringan.

Turut cedera dalam kejadian itu ialah dua orang awam, seorang daripadanya pekerja Petronas methanol dan seorang lagi pekerja syarikat kilang membuat tepung yang dipercayai mengalami cedera ringan di bahagian tangan terkena serpihan kaca akibat letupan ketika kebakaran berlaku.

“Lima mangsa yang hilang itu adalah warganegara Malaysia dan seorang rakyat Filipina manakala mangsa yang maut di kenali sebagai Sharil Azmi Baharuddin, 29, dari Melaka,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Kebakaran itu juga telah menyebabkan berlakunya tiga letupan, satu daripadanya mengakibatkan letupan yang kuat sehingga menyebabkan beberapa rumah di sekitar kawasan berkenaan bergegar dan boleh didengar sihingga 10km daripada tempat kejadian.

“Kita juga percaya mangsa yang maut akibat letupan kuat yang kita syaki ketika kejadian mangsa berada atas kapal sebelum terhumban ke arah jeti.” katanya.

Menurut beliau, kapal yang didaftarkan di Port Klang itu sedang berlabuh di jeti berkenaan dari 24 Julai hingga 28 Julai bagi kerja-kerja memuatkan liquid Menthanol seberat 12,000 metrik tan untuk di bawa ke Kobe dan Kawasaki Jepun.

Mohd Azmi berkata ekoran kejadin itu, pihaknya telah menubuhkan Markas Operasi Bersama (MOB) yang diketuai oleh APPP (Bahagian Laut) dan JBPM (Bahagian darat) serta dibantu oleh Jabatan Laut, Polis Merin, PDRM, Jabatan Kesihatan dan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Katanya, sebanyak lima aset telah digunakan untuk kerja-kerja menyelamat mangsa yang hilang melibatkan tiga buah kapal dari APMM masing-masing Kilat 23,Kilat 42 dan KM Adil, manakala masing-masing sebuah dibekalkan oleh Jabatan Laut dan Polis Merin.

“Bagaimanapun usaha untuk mengesan mangsa yang hilang tidak dapat dilakukan sepenuhnya kerana keadaan api yang masih marak di atas kapal, selain dibimbangi kemungkinan akan berlakunya satu lagi letupan dari atas kapal berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis jam 2.30 petang usaha memadamkan kebakaran oleh pihak bomba dan penyelamat masih giat di lakukan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Irwan Hussin ketika dihubungi berkata, seramai 61 anggota bomba dan penyelamat bersama enam buah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian seawal jam 3 pagi.

Turu membantu memadamkan kebakaran itu ialah dua buah kapal penyelamat jenis (Tugboat) milik syarikat perkapalan swasta masing-masing, Pacific Hawk, Lewek Petrel dan Badang 9.

Dalam pada itu, Ketua polis Wilayah Persekutuan Labuan,Saiman Kasran mengesah lima mangsa yang hilang itu ialah Muhammad Nazrin Khamisan, 29, berasal dari Kuala Lumpur, Mohd Hanafi Khalil, 24, dari Melaka, Zahari Hassim, 46, Negeri Sembilan, Colanggoy Errol Calaluan, 22, (Filipina).

Manakala mangsa yang maut dikenali sebagai Sharil Azmi Baharudin, 28, dari Melaka dan mayatnya telah dihantar ke hospital Nukleus Labuan.

Beliau mengesahkan demikian dalam satu kenyataan ringkas yang di emailkan kepada media di sini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline