Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kabinet vagu popokito sunduvan ouhi tambahut, piomungan kuasa: Limus |  Montili Kadazan Dusun Murut kapavakas layat Sabah |  SINIDAU DO ICT PONGINAMAN MONTOK DI KHALID PAPANAU PDRM |  Baja organik 'Biojadi' tunjuk hasil mengagumkan |  30 anggota polis buat rondaan bermotosikal |  Dr Subramaniam tumpu usaha tingkat kesedaran pencegahan awal |  UMS lancar sistem sumber manusia secara portal |  Budaya ilmu jadi fokus utama k'jaan terus pupuk nilai-nilai murni |  Menteri Kadazandusun Murut bakal perkasa rakyat Sabah |  Kerajaan Pusat iktiraf peranan pemimpin Sabah bangunkan negara: Musa |  ANGGOTA KABINET BAHARU ANGKAT SUMPAH JAWATAN |  Benitez: Europa League success proves nothing |  Beckham announces retirement |  BWF to test Extra Eye again at Sudirman Cup |  Sabahawks gunning for revenge | 
 BM

Beri keutamaan kepada penduduk tempatan: Anab

24th July, 2012

NABAWAN: Penduduk di daerah ini kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang mendapat konsesi kawasan FMU 14 yang tidak mengutamakan penduduk tempatan yang berhampiran sebagai pekerja.

Jurucakap penduduk Anab Andahang berkata, syarikat berkenaan hanya mengambil kira-kira 20 peratus sahaja pekerja dari kampung-kampung yang berhampiran.

Katanya, kebanyakan pekerja diambil dari luar daerah dan dipercayai ramai pekerja asing yang disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Sepatutnya syarikat berkenaan memberi keutamaan kepada penduduk yang berhampiran selaras dengan garis panduan FMU yang memberi peluang dan keutamaan kepada penduduk tempatan yang berhampiran sebagai pekerja” kata Anab kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Beliau berkata, FMU diwujudkan oleh kerajaan adalah memastikan pengurusan hutan baik disamping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk apabila ia dibangunkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Tetapi katanya, ternyata syarikat berkenaan tersasar dari matlamat FMU apabila ia bertindak mengambil pekerja dari luar lebih ramai daripada penduduk tempatan yang berhampiran.

“Soal kemahiran dan kelayakan tidak menjadi masalah kerana penduduk terutama golongan muda di beberapa kampung yang berhampiran juga mempunyai kemahiran dan mampu melakukan kerja-kerja yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan” jelas Anab.

Anab berkata, tindakan pengurusan syarikat berkenaan yang melarang penduduk masuk di kawasan itu semasa melawat keluarga yang bekerja juga mengecewakan.

“Apabila kami masuk di kawasan itu untuk berjumpa dengan keluarga, kami dihalang untuk masuk sedangkan dalam masa yang sama terdapat kenderaan jabatan-jabatan kerajaan yang kelihatan membawa peti ais bebas keluar masuk di kawasan itu” tambahnya.

Dalam masa yang sama Anab juga meminta pihak yang berkenaan agar membuat pemantauan terhadap orang asing yang diambil bekerja oleh syarikat sama ada mereka mempunyai dokumen yang sah atau sebaliknya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline