Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Ekspo Jualan Terus Dari Kilang bermula 26 Julai ini

24th July, 2012

KOTA KINABALU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) dengan Kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan Ekspo Jualan Terus Dari Kilang bermula 26 hingga 29 Julai ini di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sabah, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata ekspo itu bertujuan memberi peluang kepada syarikat dan peniaga mempromosi dan menjual barangan mereka pada harga yang paling rendah iaitu pada harga kilang.

Katanya lagi, ekspo berkenaan turut memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah pelbagai barangan keperluan terutama kepada mereka yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Orang ramai berpeluang menikmati harga barangan yang murah berbanding di pasaran biasa, dan sempena dengan sambutan Hari Raya ini ekspo berkenaan akan dapat mengurangkan beban mereka,” jelas beliau.

Katanya, setakat ini 50 syarikat telah mengesahkan penyertaan mereka pada ekspo yang julung kali diadakan di Sabah.

Beliau berharap orang ramai di negeri ini akan mengambil peluang datang beramai-ramai sepanjang ekspo berkenaan berlangsung.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat) DBKK, Bahari Hassan berkata, ekspo tersebut merupakan antara pendekatan yang menyahut seruan kerajaan melalui slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Katanya, kerjasama antara KPDNK dan DBKK mengadakan ekspo ini kena pada masanya ekoran kenaikkan harga pelbagai barang keperluan rakyat masa kini. Justeru, ekspo jualan terus dari kilang ini amat sesuai diadakan demi mengurangkan beban rakyat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline