Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Remaja dipenjara kerana lakukan rompakan

24th July, 2012

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman seorang remaja lapan belas bulan penjara kerana melakukan rompakan.

Hakim Ismail Brahim menjatuhkan hkuman itu ke atas Mohd Fadhlee Ismail, 21, selepas dia menukar pengakuan bersalah daripada tidak bersalah apabila tertuduh hendak mula dibicarakan kelmarin.

Mohd Fadhlee merompak rantai perak dan cincin milik seorang pelajar berusia 16 tahun pada 17 Okt 2009 di tangga sebuah siber kafe di Papar Plaza.

Kesalahan ini di bawah Seksyen 392 Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda dan rotan jika sabit kesalahan.

Menurut fakta, tertuduh merompak pelajar itu ketika sedang dalam perjalanan ke siber kafe itu. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman terhadapnya diringankan kerana dia masih muda ketika melakukan kejadian itu pada 2009.

Timbalan Pendakwa Raya, Nartiah F. Mirchelle Sambatan yang bertindak sebagai pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga orang ramai.

Di mahkamah yang sama, Ismail mengarahkan seorang lelaki berusia 20 tahun yang didakwa merogol pelajar berusia 12 tahun untuk membela diri pada 1 Ogos depan.

Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas pendakwaan telah berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh, Matin Musa.

Martin yang diwakili oleh peguam Datuk Norbert Chin didakwa merogol gadis itu pada 3 Oktober tahun lepas kira- kira jam 2.30 pagi di kuarters kakitangan di sebuah kilang minyak sawit di Lumadan, Beaufort.

Kesalahan ini di bawah Seksyen 375 (g) Kanun Kesiksaan yang boleh dihkuman di bawah Seksyen 376 (1) kanun yang sama.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen yang lain, seorang lelaki berusia 27 tahun juga diarahkan untuk membela diri kerana didakwa memiliki 37.64 gram syabu.

Hakim Caroline Bee Majanil menetapkan tarikh selepas pendakwaan juga mempunyai kes prima facie terhadap tertuduh kelmarin.

Ruddy Mohammad didakwa memiliki dadah itu pada 3 Julai tahun lepas di tepi jalan di sebuah skim penempatan di sini.

Dia boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau rotan, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39 A Akta Dadah berbahaya 1952.

Timbalan Pendakwa Raya Afzan Abd Kahar bertindak sebagai pendakwa manakala Ruddy diwakili oleh peguam l Nelson Angang dan Chua Kuan E.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline