Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Sabah perlu Tribunal Tanah, kata peguam

24th July, 2012

KOTA KINABALU: Tribunal mengenai perkara berkaitan tanah diperlukan segera di Sabah, kata seorang peguam kelmarin.

Kong Hong Ming berkata Jabatan Tanah dan Ukur Sabah tidak dapat menampung jumlah tuntutan di seluruh negeri dan memerlukan pendekatan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah itu.

“Terdapat kira-kira 7,115 pihak menuntut tanah di beberapa daerah dan mereka ini masih menunggu permohonan masing-masing diproses.

“Ada antara mereka yang sudah agak lama menantikan maklum balas, sering berulang-alik untuk bertanyakan perkembangan tuntutan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini.

Kong berkata cadangan menubuhkan tribunal untuk menguruskan perkara berkaitan tanah pribumi itu pada mulanya dicadangkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum awal tahun ini dan disambut baik oleh kerajaan negeri.

“Saya cadangkan semua pihak yang arif dalam undang-undang berkaitan tanah supaya terlibat dalam tribunal ini. Kita cuba dulu dan lihat perkembangannya,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline