Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Perkob mokianu do panaakan kalaja miampai potihombus poinsavaton gisom RM40 ngobu |  Komontilian manaak pongumbanganan kumaa kopokionuan vinakas id Sabah: Dr Maximus |  HAANG TOSIKAP POLINTA PISOMPUUVAN MONONUIDONG DO ESSCOM GINATANG |  NIOSH yakin akan wujud kerjasama dengan KKIP |  Pasangan suami isteri kerugian RM5,000 rumah dipecah masuk |  Pesakit Thalasaemia di Hospital Ranau perlu 120 pain darah sebulan |  Pemandu terbabit pelanggaran lori dan keretapi dibebaskan |  IKS Bumiputera akan terajui Minggu IKS Sabah 2013 |  Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia |  Sabah hargai K’jaan Pusat tubuh ESSCOM, ESSZONE |  Kerajaan sedia RM186.9 juta kepada JKR untuk bina jalan raya seluruh Sabah |  TYT: SABAH DAYA TARIKAN PELABUR ASING, TEMPATAN |  Maijol not seeking re-election |  Long standing feud between basketball associations over |  Fruitful outing for Qiao Ni | 
 BM

JKR diminta periksa pendawaian bangunan lama di Kota Marudu

24th July, 2012

KOTA MARUDU: Ekoran tiga kejadian kebakaran di kawasan Parlimen, Kota Marudu, anggota Parlimennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memeriksa pendawaian di bangunan-banguna lama, terutama sekolah.

“Disyaki bahawa semua bangunan (dalam kebakaran baru-baru ini) mempunyai struktur kayu dan kebakaran berpunca daripada kerosakan elektrik,” kata Ongkili yang turut menggesa syarikat Sa- bah Electric Sdn Bhd menyiasat dakwaan lonjakan kuasa tidak stabil dan tinggi, sebagai punca kebakaran.

Kebakaran pada 7 Julai lalu memusnahkan rumah panjang Kampung Miniko- dong di Matunggong, sementara kebakaran pada 19 Julai meranapkan Tadika Perpaduan di Tandek, dan kejadian kebakaran pada awal pagi Ahad, memusnahkan sebuah bangunan Sekolah Kebang- saan Panaitan.

“Nasib baik, tiada kehilangan nyawa,” katanya di sini kelmarin.

Dalam kebakaran di rumah panjang itu, 87 orang daripada 24 keluarga hilang tempat berteduh, namun, tindakan segera diambil bagi membantu mangsa dengan peruntukkan membina semula rumah panjang itu.

Kebakaran di sekolah tadika tempoh hari berlaku ketika kanak-kanak sekolah sudah pulang, sementara kebakaran di SK Panaitan me- musnahkan sebuah blok pentadbiran sekolah yang menempatkan dua bilik darjah, bilik kaunseling dan dua tangki. Turut musnah rekod sekolah dan pelajar.

Ongkili yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi melawat sekolah itu semalam (Ahad), dan memaklumkan bahawa beliau akan mengemukakan permohonan segera pembinaan blok baru kepada Kementerian Pelajaran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah di Kota Marudu hari ini, memproses kira-kira 160 permohonan tanah untuk kelulusan Jabatan Tanah dan Ukur negeri.

Beliau yang hadir pada mesyuarat yang dipengerusi- kan Penolong Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Alex- ander Yong, berkata setiap tahun kira-kira 600 permohonan tanah diproses dan diluluskan untuk kerja mengukur.

“Kini, pengukuran untuk tanah adat telah bermula bagi penduduk kampung di Kota Marudu di mana berlaku pertidihan tuntutan dengan permohonan tanah Begaraya, tunggakan permohonan yang belum diproses dan tuntutan hak adat penduduk Asli akan dapat dikurangkan dengan banyak,” katanya.

Ongkili berkata kerajaan negeri perlu menggandakan peruntukan tahunannya untuk kerja mengukur agar dapat mempercepat proses permohonan tanah kerana pendekatan itu membolehkan kes tertunggak diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline