Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Kerajaan setuju peruntuk lebih daripada RM25 juta tangani isu tuntutan tanah

23rd July, 2012

KENINGAU: Kerajaan persekutuan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 2011 bersetuju memberi peruntukan kewangan kepada Hak Adat Anak Negeri di Sabah sebanyak RM25,703,600 bagi membantu dam menyokong usaha-usaha Kerajaan negeri Sabah menangani isu tuntutan tanah.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata, jumlah yang diperuntukkan ini melibatkan kos pengukuran geran komunal yang berjumlah RM21,970,000 dan RM2,830,000 diperlukan untuk penubuhan Unit Khas Anak Negeri.

Katanya, bakinya RM903,600 pula adalah peruntukan penubuhan pangkalan data pemilikan hartanah Native Title (NT).

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, peruntukan pertama berjumlah RM5.72 juta telah disalur kepada Jabatan Tanah dan Ukur pada 14 November 2011 dan telah disimpan di akaun amanah kerajaan negeri.

“Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai kos projek seperti pengukuran geran komunal (RM4,520,000), penubuhan Unit Khas Tanah Anak Negeri (RM1,200,000) dan perolehan (3 Toyota Fortuna dan 10 Toyota Hilux) untuk kegunaan Unit Khas Tanah Anak Negeri” katanya kepada media dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan di sini.

Sehubungan dengan itu kata Kurup, seramai 19 juruukur berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Juruukur Sabah telah dilantik untuk melaksanakan pengukuran 37 geran komunal membabitkan 16 geran komunal do kawasan Sook Plain dan 21 geran komunal di kawasan Mandalom dengan keluasan 10,479 hektar.

“Ia membabitkan sebanyak 45 kampung dengan 4,562 orang peserta di mana Majlis Penyerahan Arahan Ukur Berdaftar (Register Survey Paper) telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Perkasa Keningau” jelasnya.

Tambahnya, Juruukur-juruukur berlesen telah memulakan pengukuran lapangan setelah menerima Arahan Ukur Berdaftar (RSP) dalam tempoh tiga bulan.

Beliau berkata, semua kerja-kerja pengukuran geran komunal dijangka dapat diselasaikan selewat-lewatnya hujung bulan ini dan pelan-pelan ukur geran komunal dijangka dapat diluluskan pada bulan Ogos depan sementara geran komunal dijangka dapat disediakan pada bulan September depan.

Bagi 16 geran komunal di kawasan Sook Plain, kampung yang terlibat terdiri dari Kg. Kabatang Baru & Kg. Kipaliu & Kg. Simpang Empat, Kg. Bunang Ulu & Kg. Bunang Laut, Kg. Johan Jaya, Kg. Terlobou Baru, Kg. Sinar Harapan, Kg. Karanaan Baru, Kg. Kuala Binuow, Kg. Binuow Tengah, Kg. Mapila, Kg. Geneva, Kg. Babason, Kg. Nukakatan Baru, Kg. Papar Baru, Rancangan Beliau Tiulon Kg. Mustika dan Kg. Tiulon.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline