|
23rd July, 2012
BEAUFORT: Jawatankuasa Masjid Kampung Lubak melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan masjid kampung berikutan berlakunya tanah runtuh dipinggir masjid berkenaan.
Kejadian tanah runtuh sejak beberapa minggu lalu itu kini semakin membesar dan hanya kira-kira 2 meter saja daripada kawasan bangunan masjid.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Lubak, Abd Sanon haji Sapri berkata demikian semasa menghubungi New Sabah Times di sini pada Ahad.
“Apa yang kami bimbangkan jika berlaku musim hujan hakisan itu akan menjadi-jadi jika tidak dihalang dan sudah tentu akan mengancam keselamatan masjid Kampung Lubak,” katanya.
Sehubungan dengan itu beliau berharap agar pihak kerajaan terutama sekali agensi berkaitan dapat mengambil tindakan yang segera bagi menyelamatkan masjid tersebut.
|