Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Lebih 23,500 keluarga dapat manfaat bawa Program Teman 1Azam

23rd July, 2012

PADANG SERAI: Lebih 23,500 keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan mendapat kemudahan bantuan melalui Program Teman 1Azam dengan peruntukan RM10 juta setakat ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie berkata mereka terdiri daripada kalangan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui program yang dimulakan sejak 2010 dengan peruntukan RM240 juta.

“Mereka daripada keluarga berpendapatan rendah, diberi kemudahan bantuan menyertai program-program Teman 1 AZAM yang dita- warkan Kementerian dalam usaha meningkat- kan taraf ekonomi dan kehidupan keluarga miskin di negara ini.

“Antara pakej tersebut temasuklah Pakej Melur (Makanan Sejuk Beku), Pakej Cempaka (Pembuatan Kuih), Pakej Kemboja (Gerai Buah-Buahan), Pakej Mawar (Perniagaan Ice Blended) dan beberapa pakej lagi yang sesuai dengan minat mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan 40 mesin jahit kepada 40 peserta di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui pakej-pakej berkenaan peserta diberi latihan tertentu oleh jurulatih daripada syarikat pembekal untuk mengendalikan peralatan yang dibekalkan dengan betul.

“Pakej terdahulu kita hanya membekalkan peralatan tanpa menyediakan jurutunjuk (jurulatih) dan ia menyebabkan timbul masalah untuk operasi mesin jahit dan sebagainya,” katanya.

Beliau berharap dengan wujudnya peluang itu lebih ramai golongan berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan akan dapat menambah pendapatan sampingan keluarga.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline