|
|
|
SAMPIKAN SIJIL ... Awang Sham menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil sekolah.
|
23rd July, 2012
KOTA KINABALU: Sikap terlalu bergantung kepada kerja ‘makan gaji’ dalam sektor awam atau swasta perlu dikikis, sebaliknya pencari kerja perlu menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka.
Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn. Bhd Datuk Awang Sham Amit berkata, ini kerana peluang pekerjaan dalam sektor awam semakin tipis.
“Masa ini tidak lagi sesuai bagi para pencari kerja dan pelajar menumpukan matlamat kerjaya dalam sektor awam, sebaliknya mereka perlu menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya ma- sa depan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sabah, di Hotel Tang Dynasty Park, di sini, baru-baru ini.
Kursus dua hari itu dihadiri seramai 196 peserta daripada 49 buah sekolah seluruh negeri yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam PUM di sekolah masing-masing.
Awang Sham berkata, kursus seumpama itu dianjurkan setiap tahun bertujuan memantapkan lagi ilmu keusahawanan para pengurus dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat supaya dapat memahami proses pelaksanaan PUM di sekolah.
Katanya, selain itu ia juga bertujuan menerapkan ciri- ciri keusahawanan dalam diri para pelajar agar lebih berketrampilan dan berminda ke- usahawanan seterusnya me- milih keusahawanan sebagai kerjaya.
“Matlamat utama seseorang pelajar ialah mencapai akademik yang baik, namun matlamat kerjaya masa depan perlu diisi dengan persediaan asas yang kukuh, kerana teori akademik semata-mata tidak menjamin kerjaya.
“Saya percaya melalui PUM para pelajar dilatih menjalani proses perniagaan daripada mendaftar syarikat, menjalankan operasi syarikat sehinggalah kepada proses pembubaran syarikat. Ini adalah satu proses pembelajaran me- lalui pengalaman,” katanya.
Beliau berkata, asas kekukuhan ekonomi sesebuah negara terletak pada semangat keusahawanan yang tinggi dikalangan rakyatnya dan peranan kerajaan pula mewujudkan keadaan yang menggalakkan perkembangannya.
“Justeru itu ekonomi negara kita akan dirangsang lebih maju dan mampu berdaya saing jika wujud generasi usahawan yang gigih, inovatif, berani dan bervisi,” katanya.
Awang Sham berkata, Model Ekonomi Baru (MEB) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri beberapa tahun lalu memberikan penekanan kepada tiga perkara iaitu Kreatif, Inovatif dan Bernilai Tambah yang tinggi.
“Elemen ini telah kita budayakan melalui Program Usahawan Muda sejak awal lagi. Saya percaya program ini dapat menyumbang kepada kejayaan MEB pada masa depan,” katanya.
Sehubungan itu beliau berharap para pelajar terutamanya yang menyertai PUM dapat menjadi agen perubahan di sekolah khususnya dalam menyediakan perkhidmatan kreatif dan berkualiti melalui syarikat usahawan muda yang dijalankan.
|