|
|
|
RAMPAS … gulungan wayar yang digunakan untuk melakukan aktiviti sambungan elektrik haram berjaya dirampas oleh pihak SESB semasa melaksanakan operasi membanteras sambungan elektrik haram.
|
23rd July, 2012
LAHAD DATU: Sebanyak 500 buah rumah di empat penempatan setinggan di daerah ini didapati membuat sambungan haram bekalan elektrik dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan pada 18 Julai baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir. Hj Abd Razak Sallim, antara kawasan- kawasan yang telah diperiksa adalah sekitar Jalan Segama Batu Satu, Kampung Teck Guan, Jalan Durian dan Kampung Tabanak.
Katanya,operasi bersepadu mencegah sambungan ha- ram di penempatan-penempa- tan ini turut melibatkan kerjasama antara SESB) dan Suruhanjaya Tenaga serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
“Pihak SESB sebelum ini telah melaksanakan dua ope- rasi yang sama di Kampung Tabanak pada tahun ini dan dianggarkan pihak SESB te- lah mengalami kerugian sebanyak RM25,000 sebulan akibat daripada aktiviti pen- yambungan haram ini,” kata- nya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan para pengguna agar tidak membuat sambungan haram kerana perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya seperti renjatan elektrik kepada pelaku ataupun orang awam.
Kegiatan sambungan ha- ram ini juga katanya, merupakan salah satu punca kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terbabit.
“Di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990, mana-mana orang yang disabitkan melakukan kegiatan menggunakan elektrik secara haram atau mengganggu meter SESB boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100, 000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya lagi.
|