Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Hayati kemerdekaan dengan kesyukuran

18th July, 2012

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengajak rakyat negeri ini supaya menghayati mesej penting di sebalik sambutan kemerdekaan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan.

Beliau berkata ini kerana tidak banyak negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti di Malaysia yang hidup dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera dalam tempoh usia kemerdekaan.

Katanya, komitmen dan kesungguhan rakyat dalam menjayakan dan menyemarakkan lagi program bulan kemerdekaan dan kempen mengibar Jalur Gemilang setiap tahun jelas menggambarkan bahawa rakyat Malaysia di Sabah tidak pernah luntur semangat kesetiaan dan patriotismenya sebagai bangsa Malaysia yang berdaulat dan merdeka di bumi yang bertuah ini.

“Dalam konteks negeri Sabah, setelah mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pelbagai dasar dan program pembangunan untuk rakyat telah kita rancang dan dilaksanakan.

“Para pemimpin kerajaan dan penjawat awam terus meningkatkan iltizam dan komitmen untuk berkhidmat dan berjuang membela nasib rakyat di semua peringkat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah di Dataran Bandaraya, di sini malam semalam.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mewakili kerajaan Persekutuan, Timbalan Ketua Menteri selaku pengerusi penganjur Datuk Seri Yahya Hussin, para menteri kabinet negeri dan pembantu menteri, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir dan pemimpin masyarakat setempat.

Musa berkata ini termasuk memperhebatkan lagi usaha dan program pembasmian kemiskinan, meningkatkan dan memperkasa aspek pendidikan, sosio-ekonomi, keselamatan dan infrastruktur luar bandar.

Katanya rakyat dan negeri ini telah menikmati transformasi pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang menerusi pelbagai dasar, inisiatif dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Kita komited untuk sentiasa melipatgandakan lagi usaha ini selaras dengan Dasar Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan pelbagai program transformasi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Musa berkata perjuangan untuk mengisi kemerdekaan dan memacu kemajuan negeri ini memerlukan hubungan kerjasama yang mantap, kukuh dan erat di antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan apatah lagi dengan adanya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang berwibawa, prihatin dan berjiwa rakyat.

“Sabah menikmati banyak pembangunan menerusi peruntukan yang besar yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang telah memperkenal dan melaksanakan pelbagai program dan transformasi yang kesemuanya menjurus ke arah mengukuhkan perpaduan, meningkatkan lagi taraf hidup dan membela nasib rakyat.

“Antaranya Gagasan 1Malaysia, program-program transformasi, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia,” katanya.

“Bahkan dengan keikhlasan dan iltizam politik yang tinggi serta sokongan padu rakyat, kita akan terus membela nasib rakyat dengan semangat ‘kata di kota, janji di tunai’,” katanya.

Musa turut menyeru rakyat di negeri ini supaya sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis, perniagaan dan pejabat serta di kenderaan terutama sepanjang Bulan Kemerdekaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline