|
18th July, 2012
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sentiasa menghargai kepentingan kaum Cina dalam me- mainkan peranan penting di Ne- geri Sabah dan keseluruhan Ma- laysia khususnya dalam bidang ekonomi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa menyedari kepentingan kaum Cina untuk bersama-sama memajukan Sabah yang sememangya sebuah negeri yang maju dan kukuh.
“Oleh sebab itulah ramai pelabur dari luar datang ke Sabah kerana mereka mengetahui bahawa negeri ini mempunyai Kerajaan yang stabil dan juga sedang ditadbir dengan begitu baik,” katanya.
Musa berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada dua persatuan Tionghua di Sa- bah iaitu Gabungan Persatuan Hok- kien Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan Gabungan Persekutuan Hakka Sabah dan Wilayah Persatuan Labuan, di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
Katanya, Kerajaan Negeri juga sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan masyarakat Cina terutama sekali dari segi pendidikan dan tempat beribadat kerana sedar masyara- kat ini sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek tersebut.
“Sebelum saya menjadi Ketua Menteri dulu, saya yang merupakan seorang ahli perniagaan telah banyak bergaul dengan masyarakat Cina yang sangat berjaya dalam perniagaan. Namun, kaum ini walaupun memiliki kekayaan tidak pernah sekalipun mengabaikan kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka dan juga tempat beribadat mereka,” katanya.
“Sebab itulah semasa saya mula menjadi Ketua Menteri dulu, saya memberi peruntukan yang banyak untuk sekolah-sekolah Cina dan tokong-tokong kerana menyedari kepentingannya kepada kaum ini,” katanya.
Oleh itu, katanya, Kerajaan Negeri sentiasa berharap agar kerjasama dengan masyarakat Cina ini akan terus berkekalan dalam mengekalkan Sabah sebagai negeri yang aman, maju dan berkembang dari segi ekonomi.
Dalam pada itu, kunjungan hormat dari kedua-dua persatuan tersebut turut menyaksikan sokongan mereka kepada Kerajaan Negeri dengan berjanji akan sentiasa memberi kerjasama dengan Kerajaan Negeri sekarang ini di bawah kepimpinan Ketua Menteri.
“Gabungan Persatuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sentiasa menyokong dalam apa jua dasar yang dijalankan oleh Kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Ketua Menteri,” kata Presiden Gabungan Persatuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Datuk Dr. T.C. Goh.
Sementara itu, Gabungan Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga turut menyatakan sokongan mereka kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional dengan menyatakan penghargaan mereka atas segala bantuan yang telah diberikan selama ini.
“Selama ini Kerajaan Negeri telah banyak memberi bantuan kepada semua rakyat Sabah tidak kira bangsa, agama dan budaya dengan cukup adil. Oleh itu, kami sebulat suara akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri khususnya Barisan Kerajaan Barisan Nasional,” kata Presidennya, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong.
Sementara itu, kedua-dua persatuan turut menyampaikan permintaan mereka kepada Musa untuk kegunaan persatuan mereka.
Gabungan Persatuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui Dr. T.C. Goh memohon supaya Kerajaan Negeri dapat meluluskan salah satu diantara dua lokasi yang telah dipilih mereka di Bandaraya Kota Kinabalu bagi membina bangunan sendiri.
Manakala Gabungan Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui Jimmy memohon supaya Kerajaan Negeri dapat menyumbang sebanyak RM1.8juta bagi pembinaan Wisma Hakka Sabah yang telah ditangguhkan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai dan Pembantu Menteri di Jabatan ketua Menteri, Datuk Edward Khoo Keok Hai.
|