Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Perkob mokianu do panaakan kalaja miampai potihombus poinsavaton gisom RM40 ngobu |  Komontilian manaak pongumbanganan kumaa kopokionuan vinakas id Sabah: Dr Maximus |  HAANG TOSIKAP POLINTA PISOMPUUVAN MONONUIDONG DO ESSCOM GINATANG |  NIOSH yakin akan wujud kerjasama dengan KKIP |  Pasangan suami isteri kerugian RM5,000 rumah dipecah masuk |  Pesakit Thalasaemia di Hospital Ranau perlu 120 pain darah sebulan |  Pemandu terbabit pelanggaran lori dan keretapi dibebaskan |  IKS Bumiputera akan terajui Minggu IKS Sabah 2013 |  Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia |  Sabah hargai K’jaan Pusat tubuh ESSCOM, ESSZONE |  Kerajaan sedia RM186.9 juta kepada JKR untuk bina jalan raya seluruh Sabah |  TYT: SABAH DAYA TARIKAN PELABUR ASING, TEMPATAN |  Maijol not seeking re-election |  Long standing feud between basketball associations over |  Fruitful outing for Qiao Ni | 
 BM

DUN lulus Perbekalan Tambahan RM434,451,500

180712-dun-2a
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berbincang bersama tiga orang timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (kanan), Datuk Seri Yahya Hussin (dua kiri) dan Datuk Dr.Yee Moh Chai (kiri) sebelum persidangan DUN bermula kelmarin.

18th July, 2012

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2012) bagi peruntukan tambahan dianggarkan sebanyak RM434,451,500.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata anggaran tambahan itu penting bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri dapat bergerak lancar.

Beliau bagaimanapun ber- kata sebanyak RM118,506, 600 daripada Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2012 itu tidak melibatkan aliran tunai, namun diperlukan untuk menyelaraskan Akaun Pendahuluan Diri yang melibatkan kerja-kerja kecemasan bagi memulihkan kerosakan kemudahan infrastruktur, khususnya paip air, sistem pengairan dan saliran dan landasan kereta api.

“Ini bermakna hanya RM315,944,900 melibatkan pengeluaran wang tunai da- lam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2012 ini,” katanya ketika membentang- kan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2012), pada persidangan DUN Sabah di sini.

Menurut Tawfiq, peruntu- kan tambahan terbesar yang melibatkan aliran tunai ber- jumlah RM40.4 juta diperlukan untuk menampung kenaikan gaji sebanyak tujuh hingga 13 peratus bagi kakitangan kerajaan negeri yang berkuatkuasa 1 Jan lepas.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta pula diperlukan untuk menampung perbelanjaan pembelian air tahun ini, termasuk pembayaran tunggakan kepada Syarikat Konsesi Air.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta lagi diperlukan untuk menampung pemberian insentif pengeluaran kepada pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negeri tahun ini.

“Tujuan pemberian insentif ini adalah bagi menangani isu berkaitan perbezaan harga getah antara Sabah dan Semenanjung,” katanya.

Sementara itu, Tawfiq berkata RM30 juta lagi diperlukan untuk menampung perbelanjaan program penyelenggaraan jalan raya dan jambatan di seluruh negeri tahun ini, termasuk jalan raya kelolaan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Beliau juga berkata sebanyak RM28.7 juta pula untuk perbelanjaan perkhidmatan luar bagi mengendalikan loji-loji air.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline