|
18th July, 2012
KOTA KINABALU: Sabah menerima pelaburan bernilai RM23.9 bilion sejak ber- mulanya Rancangan Malay- sia ke-Sepuluh (RMK-10) tahun lepas, hingga suku pertama tahun ini.
Menteri Pembangunan Perindustrian negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah ber- kata data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan daripada jumlah itu, RM12.4 bilion atau 53 peratus merupakan pelaburan tempatan manakala RM11.4 bilion membabitkan pelaburan asing.
“Pelaburan ini telah menjana sejumlah 14,674 peluang pekerjaan,” katanya ketika menjawab soalan Samsudin Yahya (BN-Sekong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini kelmarin.
Tan berkata bagi Sabah, enam Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dikenal pasti iaitu pelancongan, pet- roleum dan gas, kelapa sawit, perkilangan dan logistik, pertanian dan pelajaran.
Beliau berkata selain itu, terdapat 31 projek baharu (EPP) dikenal pasti untuk dilaksanakan di Sabah bagi meningkatkan pendapatan ne- gara dan mewujudkan peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat di negeri ini.
“Antara EPP itu, sektor petroleum dan gas menyumbang sebanyak RM18.72 bilion. Nilai Pendapatan Kasar (PNK) yang bakal dihasilkan ialah sebanyak RM12.8 bilion di samping menyediakan 23,119 peluang pekerjaan.
Terdapat tujuh EPP dikenal pasti untuk sektor pet- roleum dan gas di Sabah iaitu projek lanjutan Saluran Gas Sabah Sarawak (SSGP), Ta- man Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Loji Tenaga Kimanis, Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) dan SSGP, Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Terminal Regasif- kasi Lahad Datu, Loji Tenaga Lahad Datu dan Loji Pemisahan Gas di Kimanis,” kata- nya.
Beliau berkata bagi sektor kelapa sawit, dua EPP dikenal pasti iaitu Projek Agropolitan Beluran dan Kemabong serta Projek SKelompok Industri Minyak Sawit (POIC) POIC Lahad Datu dan Sandakan dengan pelaburan bernilai RM22. 485 bilion.
“Nilai PNK yang dapat dihasilkan melalui projek itu ialah sebanyak RM8.766 bilion dan sektor kelapa sawit akan menyediakan kira-kira 12,201 peluang pekerjaan,” katanya.
Menurutnya projek da- lam sektor perkilangan dan logistik pula menyaksikan pelaksanaan projek Main Line Operator Set Up di Pela- buran Sepanggar dan Projek KKIP yang menyumbang PNK sebanyak RM1.939 bilion dan dianggarkan mampu menyediakan 23,471 peluang pekerjaan.
Tan berkata projek dan perniagaan yang dikenal pasti akan dibangunkan oleh pihak swasta, membabitkan pembangunan industri so- kongan seperti pembekal alat-alat ganti dan mesin- mesin kecil yang diperlukan oleh industri-industri besar.
Beliau berkata pelaburan yang besar di negeri ini juga akan membuka pembangunan sektor perumahan bertaraf mewah dan sederhana.
|