Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Tiada pemberian SARS untuk jadi ahli: Perkasa

17th July, 2012

TAWAU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Sabah meminta masyarakat di negeri ini agar tidak diperdayakan oleh pihak-pihak tertentu yang menjanjikan mereka Saham Amanah Rakyat Sabah (SARS), jika mendaftarkan diri sebagai ahli Perkasa.

Naib Presiden Perkasa Malaysia, Dato’ Seri Mohd Jeffry Rosman berkata, beliau kesal kerana ada pihak-pihak terbabit cuba menyalahgunakan nama Perkasa dengan memungut sejumlah wang (bukan yuran) daripada masyarakat yang ingin mendaftar sebagai ahli, ekoran tertarik dengan janji yang diberi.

“Kita amat kesal dengan perkara ini kerana kita tidak mahu nama Perkasa disalahgunakan oleh mana-mana pihak atas kepentingan peribadi. Saya difahamkan perkara ini berlaku di Sandakan dan juga di beberapa daerah lain di Sabah.”

“Kita memberi amaran kepada mereka yang berbuat sedemikian agar menghentikan tindakan mereka atau kita tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis,” katanya yang juga selaku Yang DiPertua Perkasa Sabah.

Menurutnya, pihak-pihak yang bertindak sedemikian difahamkan turut membuka kaunter-kaunter pendaftaran keahlian Perkasa di tempat-tempat awam seperti di pasar sedangkan hal itu di luar pengetahuan pihaknya.

Berikutan hal itu juga, beliau menggesa semua Pengerusi Perkasa Daerah agar menghentikan dahulu proses pengambilan ahli serta merujuk semula hal itu kepada pihaknya bagi mendapatkan arahan yang selanjutnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Majlis Malam Titian Mesra Perkasa di Flat Sri Titingan Tawau, pada Sabtu.

Dalam isu lain, beliau menggesa Kerajaan Negeri supaya menambah jumlah kakitangan di Ibu pejabat Jabatan Tanah dan Ukur di Kota Kinabalu, yang difahamkan tidak mencukupi ketika ini.

“Masalah kekurangan kakitangan ini perlu ditangani segera supaya urusan-urusan orang awam tidak tertangguh dan kakitangan atau pegawai yang bertugas pula tidak terbeban dengan tugas-tugas yang berlebihan,” katanya.

Beliau berharap isu yang telah diutarakan nya itu akan diberikan perhatian yang drastik oleh pihak kerajaan, khususnya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Datuk Sukarti Wakiman.

Beliau dalam kenyataan nya bagaimanapun, memuji warga Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana ketika beliau berurusan di pejabat itu baru-baru ini, mereka bersikap profesional meskipun difahamkan berdepan dengan masalah berkenaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline