|
17th July, 2012
SANDAKAN: Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Di Raja Malaysia Kontinjen Sabah akan mengadakan temuduga pengambilan anggota-anggota baru Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan pada Julai 30 ini.
Temuduga akan diadakan pada Hari Isnin (30 Julai 2012) di IPD Sandakan , Batu 1 ½ Jalan Utara bermula dari jam 7 pagi, kata Ketua Polis Daerah ACP Rowell Marong dalam sidang media di IPD Sandakan kelmarin.
Menurut Rowell, syarat-syarat permohonan untuk berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis adalah seperti berikut:
I. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pengambilan dibuat.
II. Ukuran: Lelaki – tinggi mestilah sekurang-kurangnya 162cm (5’4”) , Lilitan dada 81cm (32/34 inci) dan Berat Badan : 48 kilogram ke atas. Wanita : tinggi 152 cm (5’2”) dan Berat Badan : 43 kilogram.
III. Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata, tidak buta warna dan pendengaran yang baik.
IV. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus SRP/ LCE/ PMR pangkat A atau setaraf dengannya.
V. Lain-lain kelulusan: mempunyai pekerjaan tetap, lulus pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan kerajaan, medapat kebenaran ketua jabatan/ majikan untuk berkhidmat, bermastautin di dalam lingkungan 8 KM dari Balai Polis Daerah yang dipohon.
Pemohon yang tinggal lebih 8km tetapi tidak lebih 16km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan pengangkutan sendiri, bersih dari sebarang rekod jenayah/ cawangan khas, tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat, pekerja-pekerja dari key personnel seperti hospital, TNB, Telekom, pegawai keselamatan, badan berkanun, kerajaan swasta serta pekerja shift tidak layak memohon.
Semua permohonan hendaklah melalui borang khas yang boleh didapati dari IPD Sandakan, Balai Bandar Sandakan, Balai Seguntor dan Pondok Kim Fung Batu 4.
|