|
17th July, 2012
KOTA KINABALU: Penutupan jalan raya sementara akan diadakan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Dataran Bandaraya (berhadapan Hotel Promenade) pada 17 Julai 2012 (hari ini) jam 7.30 malam.
Penutupan itu dari bulatan Wawasan Plaza hingga bulatan Centre Point mulai pukul 6.30 petang hingga 12 tengah malam pada 17 Julai 2012.
Manakala, Terminal Bas Wawasan Plaza akan ditutup sementara mulai jam 6 petang hingga 11 malam pada hari yang sama. Sehubungan itu, bas-bas akan bergerak ke Pusat Bandaraya seperti berikut:
Bagi bas dari Jalan Tuaran: Bas akan masuk ke pusat bandaraya melalui Jalan Kemajuan – Jalan Coastal – Jalan Tun Razak dan berpatah balik di Bulatan Perkasa dan melalui Jalan Tun Razak – Jalan Coastal – Jalan Kemajuan dan kembali ke Jalan Tuaran.
Bagi bas dari Jalan Coastal: Bas akan masuk ke pusat bandaraya melalui Jalan Tun Razak dan berpatah balik di Bulatan Perkasa – Jalan Tun Razak dan kembali ke Jalan Coastal.
Bas dari Jalan Mat Salleh: Bas akan masuk ke pusat bandaraya melalui Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan KK By Pass – berpatah balik di Bulatan Perkasa – Jalan KK By Pass – Jalan Tunku Abdul Rahman dan kembali ke Jalan Mat Salleh.
Bas Jalan Kolam: Bas akan melalui Jalan Bukit Nenas – Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan KK By Pass – berpatah balik di Bulatan Perkasa – Jalan KK By Pass – Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan Bukit Nenas dan kembali ke Jalan Kolam.
Jalan Tun Fuad Stephen (Teluk Likas): bas akan memasuki Pusat Bandaraya melalui Jalan Tun Razak – Jalan Coastal – Jalan Kemajuan – Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan KK By Pass dan kembali ke Jalan Tun Fuad Stephen (Teluk Likas).
Bas-bas ini akan menurun dan mengambil penumpang di perhentian-perhentian bas di pusat bandaraya antara 6 petang hingga 11 malam pada 17 Julai 2012.
|