Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

APMM Tawau kini miliki Bot Pemintas Laju

17th July, 2012

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Tawau kini dilengkapi dengan satu lagi aset canggih bagi mempertingkatkan keupayaan operasinya iaitu sebuah Bot Pemintas Laju yang dikenali sebagai Penggalang 20.

Penggalang 20 yang boleh memuatkan tuju krew tiba ke daerah ini pada Ahad sebelum upacara penerimaannya disempurnakan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Wan Mohd Affendi Wan Ahmad, kelmarin.

Affendi dalam kenyataannya berkata, dengan tersedianya Bot Pemintas Laju (Fast Interceptor Craft) tersebut, pihaknya yakin akan dapat melakukan operasi dan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih berkesan.

Bot itu katanya akan dimanfaatkan untuk operasi-operasi di kawasan Daerah Maritim Tawau, termasuklah untuk operasi mencari dan menyelamat.

Dengan adanya tambahan bot baru itu ujarnya, APMM Tawau kini memiliki lima buah bot dan tiga buah kapal.

Kelmarin, wakil-wakil media di daerah ini turut diberi peluang untuk melihat sendiri keupayaan Penggalang 20 yang boleh mencapai kelajuan sehingga 60 knot, menerusi satu demonstrasi yang diadakan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline