Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
M’sia kobuu id sistom balajalan nung songovian manaak ponotohan kumaa balajalan doid tanak |  Tinimungan komuhakan mositi tomoimo poinsosoguhu kopongintangan: Musa |  MAZAA LAMAI KAAMATAN KOOVIT NOGI KOBUUON IKONOMI POGUN |  Mourinho: My worst ever season! |  Ibu bapa perlu beri penekanan terhadap pendidikan anak-anak |  Rodgers salutes retiring Carragher |  Denmark’s Hoyer-Larsen wins BWF presidency |  Sportsman Ricky on cloud nine |  31 motosikal disita dalam Ops Motosikal |  Holistic approach to elevate sports industry |  Raja Muda Perlis mahu rakyat celik media |  French president signs gay marriage bill into law |  Philippines rejects Taiwan ‘murder’ claims |  N Korea fires short-range missiles |  Pusat Khidmat Masyarakat BN akan diwujud: Razman | 
 BM

Penduduk gesa pihak berkuasa baiki jambatan Kg Serudong Baru

13th July, 2012

TAWAU: Pihak berkuasa berkaitan digesa agar segera memperbaiki Jambatan Kg. Serudong Baru yang rosak dan berlubang, demi kemudahan dan keselesaan para pengguna kenderaan di kawasan tersebut.

Seorang pengadu, Hasrani Mohd Budin, berkata beberapa kenderaan sebelum ini turut dilihat terkandas di atas jambatan itu dan memaksa orang ramai mengerah tenaga untuk mengalihkannya.

Kerosakan jambatan yang turut menjadi laluan guru-guru dan murid-murid ke SK Serudong Baru itu ujarnya dilihat berlaku sejak 8 Julai lepas, ekoran keadaan lantai jambatan yang tidak kukuh.

“Kerosakan pada jambatan ini sebenarnya sudah berlaku berulang-ulang kali sejak Januari lepas. Walaupun diperbaiki, tetapi ia kembali rosak dan berlubang kerana papan yang digunakan tidak begitu tahan,” katanya.

Berikutan itu, beliau berharap satu langkah drastik dan konkrit bagi memperbaiki jambatan itu dapat segera diambil, sebelum kerosakan yang berlaku mendatangkan bahaya kepada para pengguna yang melaluinya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline