|
|
|
DENGAR MASALAH ... Ismail (dua kanan) ketika mendengar pandangan dan permasalahan yang dikemukakan oleh golongan penjaja dan peniaga-peniaga kecil.
|
13th July, 2012
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke- penggunaan (KPDNKK) akan mengemuka- kan kepada kerajaan cadangan untuk mewujudkan dana khusus bagi membantu penjaja dan peniaga kecil termasuk di Sabah, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, dana itu bakal dikhususkan kepada penjaja dan peniaga kecil bagi memberi bantuan kepada mereka sama ada dalam bentuk pinjaman khas, pinjaman mudah dan sebagainya.
“Sebenarnya kita sudah mempunyai pelbagai dana yang telah disertai oleh ramai penjaja dan peniaga kecil seperti Tekun Nasional namun, itu bukanlah difokuskan hanya kepada golongan-golongan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bersama Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di Hotel Le Meridien, di sini, kelmarin.
Katanya, penubuhan dana khas itu merupakan permintaan daripada Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia yang juga dibangkitkan oleh penjaja dan peniaga-peniaga kecil di Sabah ketika lawatannya.
“Seperti SME Bank yang dikhususkan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Agro Bank yang dikhususkan kepada pertanian, golongan penjaja dan peniaga kecil juga mahukan sebuah dana khas ditubuhkan untuk mereka,” katanya.
Namun katanya, perkara itu masih lagi dalam peringkat cadangan dan ia akan diusul- kan kepada kerajaan kelak.
Sementara itu, beliau juga turut menyatakan bahawa golongan penjaja dan peniaga kecil akan dilindungi oleh skim insurans berkelompok.
Katanya, kertas cadangan berhubung per- kara tersebut bakal dikemukakan kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi.
Berhubung perkara itu, beliau juga turut menyatakan bahawa Kementerian sedang menungggu senarai nama penjaja dan peniaga kecil di Sabah yang sebelum ini didaftarkan melalui pelbagai jabatan seperti jabatan hasil dalam negeri, pejabat daerah, dewan bandaraya dan sebagainya.
“Ini kerana kita mahu memastikan tiada nama yang tidak tersenarai dalam insurans berkelompok ini apabila ia diumumkan kelak,” katanya.
Sementara itu, perjumpaan bersama penjaja dan peniaga kecil di Sabah ini adalah bagi mendapatkan pandangan dan isu serta masalah yang dihadapai oleh mereka.
Ia juga adalah selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada Mei yang lalu di Majlis Ramah Mesra Bersama Penjaja dan Peniaga Kecil, hal ehwal golongan penjaja dan peniaga kecil diletakkan di bawah bidang kuasa KPDNKK.
Berikutan pengumuman itu, satu unit khas iaitu Unit Penjaja dan Peniaga Kecil telah diwujudkan di bawah Bahagian Pembangunan Perniagaan, yang berfungsi merancang dan melaksanakan program-program pembangunan penjaja dan peniaga kecil serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil seluruh Malaysia.
|