Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

ENAM LAGI KR1M UNTUK SABAH

130712-lead-1a
SIDANG MEDIA ... Ismail Sabri (duduk tengah) pada sidang akhbar itu.

13th July, 2012

INANAM: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata enam lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan diwujudkan di Sabah sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata KR1M yang dicadangkan itu ialah di Keningau, Lahad Datu, Tuaran, Sandakan dan dua di Kota Kinabalu.

“Sehingga kini, sebanyak 47 buah KR1M telah beroperasi di seluruh negara dan 38 buah lagi akan dibuka menjelang tahun ini menjadikan keseluruhannya sebanyak 85 buah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan KR1M pertama di Sabah, yang terletak bersebelahan dengan Bangunan BTC, di sini, kelmarin.

Ismail Sabri berkata, oleh kerana KR1M mendapat sambutan amat menggalakkan daripada para pengguna maka beliau akan membincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya diwujudkan 1 Parlimen 1 KR1M.

“Bagaimanapun seperti yang kita tahu perbelanjaan untuk membuka kedai ini agak besar jadi kita berharap akan ada tambahan untuk tahun depan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan supaya kedai runcit sedia ada dan penjaja membeli secara borong produk 1Malaysia di KR1M, untuk dijual di kedai mereka.

Katanya lagi, KR1M bukan sahaja memberi manfaat kepada para pengguna yang dapat membeli produk murah tetapi juga membuka peluanazg kepada peniaga dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk mereka.

“Pengusaha IKS di Sabah yang berminat, boleh berjumpa dengan pihak Mydin untuk kita jadikan sebagai pembekal produk di KR1M.

“Saya difahamkan sebanyak 11 syarikat IKS Sabah telah dipilih dan dilantik bagi membekalkan produk 1Malaysia untuk KR1M di Sabah.

“Produk-produk yang dibekalkan adalah seperti roti, pastry, telur ayam, beras, jus, air mineral dan makanan sejuk beku seperti roti canai, kentang goreng dan produk makanan laut,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kawalan harga barangan di negeri ini, Ismail Sabri berkata, pihaknya telah melantik skuad pengguna dan pegawai pemantau harga untuk memantau harga barangan di negeri ini.

“Orang ramai juga boleh memaklumkan terus kepada pihak kementerian sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau, bukan sahaja produk 1Malaysia tetapi produk lain,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline