Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Perkob mokianu do panaakan kalaja miampai potihombus poinsavaton gisom RM40 ngobu |  Komontilian manaak pongumbanganan kumaa kopokionuan vinakas id Sabah: Dr Maximus |  HAANG TOSIKAP POLINTA PISOMPUUVAN MONONUIDONG DO ESSCOM GINATANG |  NIOSH yakin akan wujud kerjasama dengan KKIP |  Pasangan suami isteri kerugian RM5,000 rumah dipecah masuk |  Pesakit Thalasaemia di Hospital Ranau perlu 120 pain darah sebulan |  Pemandu terbabit pelanggaran lori dan keretapi dibebaskan |  IKS Bumiputera akan terajui Minggu IKS Sabah 2013 |  Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia |  Sabah hargai K’jaan Pusat tubuh ESSCOM, ESSZONE |  Kerajaan sedia RM186.9 juta kepada JKR untuk bina jalan raya seluruh Sabah |  TYT: SABAH DAYA TARIKAN PELABUR ASING, TEMPATAN |  Maijol not seeking re-election |  Long standing feud between basketball associations over |  Fruitful outing for Qiao Ni | 
 BM

Lelaki mengaku salah cuba bunuh pengerusi JKKK

6th July, 2012

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini cuba membunuh seorang pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Bagaimanapun Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen menetapkan 6 Ogos untuk fakta dan menjatuhkan hukuman sehingga menunggu laporan perubatan tertuduh.

Kelinius Sentahim mengaku melakukan kesalahan itu pada 26 Jun kira-kira jam 5.30 petang di padang bola sepak di Kg. Gansurai, Jalan Ranau di Kota Belud.

Menurut dakwaan, Kelinius telah menembak Raimin Iki, 51, menggunakan senapang buatan sendiri (bakakuk) dan tindakannya itu boleh mengakibatkan kematian kepada mangsa.

Kesalahan ini di bawah Seksyen Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan jika sabit kesalahan.

Kelinius buat masa ini ditahan reman di bawah Seksyen 259 Kanun Acara Jenayah sehingga kesnya selesai dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Aiman Azwan Wan Fakhruddin bertindak sebagai pendakwa.

Sementara itu di mahkamah yang sama dua lelaki yang didakwa bersama atas tiga tuduhan merompak bersenjata akan dibicarakan pada 27 dan 28 Ogos tahun ini di Mahkamah Sesyen.

Amir Shah menetapkan tarikh itu kelmarin untuk mendengar perbicaraan Syazwi Azreen Jusoh, 24, dan Mohd Irwan Tandi @ Arwan, 26, selepas kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 395/397 Kanun kesiksaan.

Seksyen ini boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.

Dakwaan pertama dua tertuduh didakwa merompak seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, wang tunai RM7, telefon bimbit dan juga kunci di sebuah kedai di Melinsung Summer Bay Resort Apartment di Papar pada 18 Feb antara jam 5 pagi dan 5.30 pagi.

Dakwaan kedua, Syazwi dan Mohd Irwan didakwa merompak seorang kanak-kanak berusia 10 tahun telefon bibmit di tempat dan masa yang sama.

Dakwaan ketiga Syazwi dan Mohd Irwan di sebuah premis dengan mengambil wang tunai RM208.80 dan 13 kotak rokok pada masa yang sama.

Syazwi dan Mohd Irwan bersenjatakan parang semasa ketiga-tiga rompakan itu.

Kedua-dua tertuduh diarahkan ditahan lanjut sehingga kes mereka dibicarakan.

TPP Wan Aiman Azwan Wan Fakhruddin bertindak sebagai pendakwa dalam kes ini manakala Syazwi penduduk tempatan dan Mohd Irwan warga Indonesia tidak diwakili peguam.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline