|
6th July, 2012
KOTA KINABALU: Kemen- terian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke- penggunaan (KPDNKK) Kota Kinabalu berjaya merampas hampir 100 guni pakaian pelbagai jenama tiruan dianggarkan bernilai RM435, 000 dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Taman Mount Tiara, Penampang, dekat sini, pada Rabu.
Ketua Pegawai Penguat- kuasa KPDNKK Sabah, Rosle Abd Hamid berkata, kesemua pakaian tiruan itu dipercayai diimport dari China dan Indonesia bagi pasaran seluruh Sabah.
Katanya, antara pakaian yang dirampas ialah jaket jenama Nike sebanyak 1,330 unit, jaket Adidas (250 unit), seluar jeans jenama Levis (2,540), baju T Adidas (4,030) dan seluar pendek jenama Adidas sebanyak 4,320 unit.
“Siasatan awal mendapati pemilik premis perniagaan yang juga pemilik rumah berkenaan berusia 52 tahun sengaja menjadikan sebuah rumah bersebelahan rumahnya sebagai stor penyimpanan pakaian tiruan.
“Taktik ini bertujuan mengaburi pihak berkuasa memandang semua aktiviti pemunggahan dan penghantaran pakaian tersebut dilakukan sekitar pukul 2 pagi,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari KPDNKK Kota Kinabalu selepas mendapat maklumat awam yang curiga dengan aktiviti rumah tersebut apabila kerap dikunjungi lori kontena serta van pada waktu subuh.
Rosle berkata, pihaknya menjumpai hampir seratus guni pakaian berjenama tiruan seperti Adidas, Nike dan Lives yang diletakkan di ruang tamu rumah berkenaan.
“Ketika serbuan dibuat, pemilik kedai tersebut pada mulanya berdolak dalik mengenai aktiviti yang dilakukan kononnya rumah yang dihuni tidak menyimpan sebarang pakaian berjenama tiruan.
“Bagaimanapun, anggota kita telah memeriksa sebuah rumah bersebelahan yang juga milik suspek dan mendapati berpuluh-puluh guni pakaian tersimpan di dalam rumah berkenaan.
“Kita percaya separuh daripada barangan ini telah diedarkan untuk pasaran se- tempat berikutan musim pera- yaan tidak lama lagi,” kata- nya.
Kes itu akan disiasat me- ngikut Seksyen 8 (2) (B) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM15, 000 bagi setiap barang atau penjara tidak lebih tiga tahun.
|