Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Jumlah pelaburan SDC sehingga Jun cecah RM112.8 bilion, kata Musa

6th July, 2012

KOTA KINABALU: Jumlah pelaburan yang dirancang dan komited bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC), yang dilancarkan pada Januari 2008, setakat 30 Jun tahun ini, mencecah RM112.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ini menunjukkan arus pembangunan SDC, yang berlandaskan hala tuju kerajaan negeri, berjaya merangsang iklim pelaburan di Sabah.

Dalam ucapan alu-aluannya sempena Mesyuarat ke-10 Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) di Wisma Sedia dekat sini hari ini, Musa berkata beberapa pelaburan besar dari dalam dan luar negara termasuk pelaburan dalam industri minyak dan gas asli, kelapa sawit, perikanan, ternakan dan pelancongan mula bertapak di negeri ini.

Katanya ini termasuk pelaburan terbaru daripada Annam Corporation, salah satu anak syarikat Agenci Pelaburan Brunei.

Musa berkata Sedia yang mengemudi pelaksanaan pelbagai projek SDC, memeterai Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Annam Corporation itu pada 16 Jun tahun ini di Sook, Keningau sempena Majlis Pecah Tanah Pelancaran Projek SDC Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata program ‘Jejak Teraju juga dilancarkan pada 5 Jun lepas yang bertujuan antara lain untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam projek-projek SDC.

Pihak Teraju kini telah menubuhkan urusetia TERAJU@Koridor bagi SDC di pejabat Sedia dan penubuhan urus setia itu diharap dapat memudahkan usahawan-usahawan yang berminat untuk mendapat akses khidmat nasihat bagi menggunakan dana mudahcara khas berjumlah RM100 juta untuk usahawan Bumiputera di Sabah, katanya.

Musa berkata pihak Sedia turut mengadakan memorandum persefahaman dengan pihak SME Bank pada 20 Mei lepas yang bermatlamat untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terlibat dengan aktiviti ekonomi di SDC mendapat akses kepada tabung pinjaman.

“Saya dimaklumkan bahawa pihak Sedia kini sedang bekerjasama dengan pihak BiotechCorp untuk meneroka industri bioteknologi di Sabah. Sebagai permulaan, pihak Sedia dan BiotechCorp akan menandatangani satu memorandum kerjasama yang akan menggariskan bidang-bidang kerjasama yang akan dilaksanakan nanti,” katanya.

Beliau berkata Sedia telah menubuhkan sebuat pusat maklumat sehenti (SDC Information Centre) di pejabat Sediabagi membantu para peniaga dan usahawan mendapatkan maklumat pelaburan dan perniagaan.

“Saya percaya semua inisiatif ini berupaya untuk memastikan bahawa semua pihak dari segenap lapisan tahap sosio ekonomi dapat menikmati hasil pembangunan di Sabah seperti yang kita janjikan bahawa tiada siapa yang ketinggalan,’ katanya.

Musa berkata selepas tiga tahun penubu- han, Sediayang ditubuhkan menerusi inisiatif SDC kini sudah mula membuahkan hasil.

Katanya kesemua projek utama termasuk POIC Lahad Datu dan Sandakan, Hab Pendidikan Sandakan, Pusat Ternakan Bersepadu Keningau, Sabah Agro-Industrial Precinct, Kluster Minyak dan Gas Asli, Kluster Industri Marin, Kinabalu Gold Coast Enclave dan projek agropolitan kini dalam beberapa peringkat pelaksanaan manakala beberapa projek infrastruktur berjaya disiapkan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline