Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Pomoguno buzuon di pointunud nung au osontob ginavo, ka di Lam Thye |  Immaculate, Unduk Ngadau Nazatan Kota Kinabalu |  POMOGUNAN DI KIMOGIIGIZON NOSIZUN TINAU OM KOTUMBAZAAN |  Rancangan Adun Karamunting pulihara pesisir pantai disambut baik NGO |  Skim penanaman EWOC dijangka cecah 75 peratus menjelang akhir tahun |  Kemenangan di Batu Sapi atas faktor keyakinan rakyat: Samsudin |  Keamanan, perpaduan m'rakat pemangkin pembangunan negara, kata Pairin |  Kerajaan peruntuk RM75 juta laksana aktiviti 1Azam |  Polis komited banteras seludup barangan subsidi |  Program 'Jom Kita Ke Sawah' suntik semangat belia tanam padi: Rosnah |  KBS KOMITED BERHUBUNG TERUS BERSAMA BELIA HAPUS JURANG, BIROKRASI |  Tearful Becks bids farewell to career |  Mourinho could leave this week! |  Juil: Victory will help our cause |  Taiwan stun Malaysia | 
 BM

Talian SESB jadi sasaran aktiviti vandalisme di Sepanggar

3rd July, 2012

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) amat kesal tindakan beberapa individu yang tidak dikenali yang menjadikan talian voltan tinggi berhampiran Kilang Simen Sepanggar Bay sebagai sasaran vandalisme.

Tindakan tidak bertanggungjawab dengan melontar wayar kabel ke kepada talian SESB telah mengakibatkan talian berkenaan rosak dan kawasan di sekitar Jalan Teluk Sepanggar terputus bekalan elektrik bermula pada jam 3.12 petang kelmarin.

Pengarah Urusan SESB, Ir. Hj Abd Razak Sallim berkata, hampir RM5,000 kerugian terpaksa ditanggung oleh SESB akibat tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik telah pun dibuat serta merta dan bekalan mula disalurkan secara berperingkat pada jam 4.44 petang pada hari yang sama.

SESB sekali lagi memohon kerjasama para pengguna untuk tidak membuat sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan sistem bekalan elektrik SESB.

Talian Hotline 15454 SESB atau 088-515000 boleh dihubungi oleh pengguna 24 jam sehari sekiranya bekalan elektrik di kawasan mereka terputus. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga disediakan di mana pengguna hanya perlu menaip aduan mereka sebelum menghantar kepada nombor 33154.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline