Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Hanya 88 kes DBKK berjaya difailkan di mahkamah

3rd July, 2012

KOTA KINABALU: Hanya 88 kes Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang berjaya difailkan di mahkamah pada tahun 2011 berbanding dengan 1,520 kes pada tahun sebelumnya, kata Mayor Bandraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Ma- dingkir.

“Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada penurunan mendadak ini ber- kemungkinan berkaitan dengan kelemahan dalam proses penyediaan pemfailan dokumen di mahkamah,” katanya.

Abidin berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan ‘Bengkel Penyiasatan dan Pendakwaan DBKK’, di Pusat Pembelajaran Bandaraya, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, kes-kes DBKK terbahagi kepada dua iaitu Saman Sivil dan Saman Jabatan. Kes sivil adalah kes yang berkaitan tunggakan cukai kadaran (pintu) yang merangkumi 95 peratus daripada jumlah kes yang difailkan setiap tahun dan selebihnya adalah tunggakan harga belian rumah dan tunggakan sewa hartanah DBKK.

Manakala katanya, untuk kes saman jabatan pula melibatkan kesalahan atau pelanggaran peruntukkan undang-undang sedia ada, seperti di bawah Undang-Undang Kecil Meletak Kenderaan 2003, Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap 1984 dan Undang-Undang Kecil Bangunan 1951.

Sementara itu, ‘Bengkel Penyiasatan dan Pendakwaan DBKK’ tersebut diadakan selama empat hari, bermula dari kelmarin (2 Julai) dan disertai oleh 70 pegawai dan kakitangan DBKK

Bengkel tersebut diadakan bagi mempertingkatkan lagi pemahaman dan keyakinan di kalangan anggota DBKK yang terlibat dalam penyediaan Kertas Siasatan dan Kertas Pertuduhan, katanya.

Selain itu katanya, ianya bertujuan agar para Pegawai Pendakwa arif tentang tanggungjawab dalam melaksana- kan dan menterjemahkan undang-undang sedia ada deng- an tepat dan seterusnya mem- perkasakan undang-undang itu.

“Dalam menterjemah dan menguatkuasakan undang-undang, para pegawai kena faham dan arif tentang maksud yang tersurat dan tersirat da- lam undang-undang itu” katanya.

Disamping itu katanya, Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman para peserta, terhadap peruntukan undang- undang sedia ada, seperti Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, Enakmen Bandaraya 1996 dan Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan oleh DBKK.

Turut hadir dalam perasmian Bengkel tersebut, Ahli Lembaga Penasihat DBKK selaku Pengerusi Jawatankua- sa Portfolio Penguatkuasaan dan Undang-Undang DBKK, Datuk Mariati Robert, Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Pe- guam Negara (Sabah), Jamil Aripin, dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK, Joannes Solidau.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline