Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Perkob mokianu do panaakan kalaja miampai potihombus poinsavaton gisom RM40 ngobu |  Komontilian manaak pongumbanganan kumaa kopokionuan vinakas id Sabah: Dr Maximus |  HAANG TOSIKAP POLINTA PISOMPUUVAN MONONUIDONG DO ESSCOM GINATANG |  NIOSH yakin akan wujud kerjasama dengan KKIP |  Pasangan suami isteri kerugian RM5,000 rumah dipecah masuk |  Pesakit Thalasaemia di Hospital Ranau perlu 120 pain darah sebulan |  Pemandu terbabit pelanggaran lori dan keretapi dibebaskan |  IKS Bumiputera akan terajui Minggu IKS Sabah 2013 |  Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia |  Sabah hargai K’jaan Pusat tubuh ESSCOM, ESSZONE |  Kerajaan sedia RM186.9 juta kepada JKR untuk bina jalan raya seluruh Sabah |  TYT: SABAH DAYA TARIKAN PELABUR ASING, TEMPATAN |  Maijol not seeking re-election |  Long standing feud between basketball associations over |  Fruitful outing for Qiao Ni | 
 BM

875 pembeli rumah Taman Seri Gemilang lega

030712-lead-2
HAJIJI (tengah) sewaktu mendengar taklimat yang disampaikan oleh pemaju terlibat. Turut kelihatan, dari kanan: Suhaili, Nasrun dan Idris serta Ghulam (sebelah kanan) dan Hamisa.

3rd July, 2012

LAHAD DATU: Seramai 875 pembeli projek perumahan Taman Seri Gemilang di Ja- lan Tungku dekat sini akhir- nya dapat menarik nafas lega apabila projek yang telah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu itu kini akan dipu- lihkan semula.

Kontraktor baru yang be- ribu pejabat di Kuala Lumpur, Khazanah Jaya Sdn Bhd, telah dilantik bagi melaksanakan dan menyiapkan projek tersebut dalam masa dua tahun dan sekiranya semua perkara lancar kerja-kerja menyiapkan projek itu dijangka akan ber- mula dalam tempoh dua bulan dari sekarang.

Demikian yang dinyata- kan oleh Pengarahnya, David Wong dalam taklimatnya ke- pada Menteri Sabah, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Hajiji Haji Noor di Tapak Projek berkenaan, di sini, kelmarin.

David berkata di bawah pelaksanaan semula projek itu, yang beliau sifatkan sebagai kerjasama antara pelbagai pihak yang terlibat, pembeli akan diberikan pilihan meng- ikut tiga kategori skim.

Katanya, Skim A membo- lehkan pembeli untuk menarik diri daripada projek itu dan apa saja bayaran yang mereka telah jelaskan akan dibayar balik.

Manakala, bagi Skim B ialah pembeli yang ingin me- neruskan pembelian mereka namun tidak dibenarkan untuk menukar atau bertukar tempahan asal dan seterusnya Skim C pula membolehkan pembeli untuk menukar tempahan mereka atau menukar rumah (swap houses).

Hajiji telah diiringi oleh Timbalannya, Datuk Ghulam Haidar Khan, Pembantu Men- teri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datuk Mansur yang juga Ahli Dewan Undangan Lahad Datu dan Ahli Dewan Undangan Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said.

Hadir sama, ialah Peng- erusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Datuk Idris Haron, Pengerusi Supernesa Sdn Bhd, Datuk Hamisa Samat dan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Hajah Rosnani Asmat. Beberapa pembeli rumah hadir pada taklimat itu.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya berkata, perkembangan terbaru itu menunjuk- kan bahawa kerajaan tidak lari daripada melaksanakan tanggungjawabnya dan meng gesa agar para pembeli bersabar.

LPPB adalah pemilik tanah, manakala Supernesa adalah anak syarikat LPPB sebagai agensi pelaksana dan SPNB sebuah syarikat kerajaan persekutuan adalah sebagai pemaju.

Keseluruhan projek yang sepatutnya mempunyai sejumlah 2622 rumah apabila siap sepenuhnya, telah ditinggalkan oleh kontraktor asal yang dilantik oleh SPNB.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline