Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Perkob mokianu do panaakan kalaja miampai potihombus poinsavaton gisom RM40 ngobu |  Komontilian manaak pongumbanganan kumaa kopokionuan vinakas id Sabah: Dr Maximus |  HAANG TOSIKAP POLINTA PISOMPUUVAN MONONUIDONG DO ESSCOM GINATANG |  NIOSH yakin akan wujud kerjasama dengan KKIP |  Pasangan suami isteri kerugian RM5,000 rumah dipecah masuk |  Pesakit Thalasaemia di Hospital Ranau perlu 120 pain darah sebulan |  Pemandu terbabit pelanggaran lori dan keretapi dibebaskan |  IKS Bumiputera akan terajui Minggu IKS Sabah 2013 |  Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia |  Sabah hargai K’jaan Pusat tubuh ESSCOM, ESSZONE |  Kerajaan sedia RM186.9 juta kepada JKR untuk bina jalan raya seluruh Sabah |  TYT: SABAH DAYA TARIKAN PELABUR ASING, TEMPATAN |  Maijol not seeking re-election |  Long standing feud between basketball associations over |  Fruitful outing for Qiao Ni | 
 Sports

GENG SAMUN TUMPAS

030712_front_robberies
ROWELL (tengah) bersama Fadzil (kiri) dan Sharanjeit menunjukkan barang-barang yang berjaya ditemui semula semasa sidang akhbar kelmarin.

3rd July, 2012

SANDAKAN: Polis daerah ini berjaya menumpaskan kumpulan samun yang menyasarkan kedai runcit 24 jam di daerah ini (99 Convenience Store) dengan penahanan seorang anggota keselamatan dan dua rakan sekampungnya dari Johor pada awal Ahad.

Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis di Bandar Kim Fung dan Sibuga menyerbu rumah sewa suspek di Apartmen Villa Permai di Sibuga kira-kira jam 1.30 pagi pada 1 Julai berikutan maklumat yang diterima, kata Ketua Polis Daerah ACP Rowell Marong semasa sidang media di sini kelmarin.

“Suspek-suspek ini berumur antara 18 hingga 26 tahun berasal dari Johor,” tambahnya.

Menurut Rowell, polis percaya telah menyelesaikan tiga kes rompakan di kedai runcit 24 jam ini (dua di Bandar Utama dan satu di Bandar Indah) pada awal pagi pada 23 Jun, 24 Jun dan 27 Jun dan juga memecah masuk sebuah kedai menjual telefon bimbit di Bandar Tyng antara jam 1 petang pada 2 Jun hingga 8.30 pagi pada 3 Jun membabitkan kerugian dianggarkan RM15,000.

“Kita sedang menyiasat sama ada suspek-suspek ini terbabit dengan kes-kes lain di daerah ini dan juga daerah-daerah jiran, selain memeriksa latar belakang dua remaja yang tidak mempunyai pekerjaan,” kata Rowell.

Beliau berkata polis juga menjumpai 68 barangan dari apartmen suspek termasuk parang, sarung tangan, skrewdriver, pemotong kertas, pemotong besi, dua kad pengenalan, empat jam tangan, beberapa botol minuman keras, pendrives, topi baseball, beg sendang, wang siling RM10, tujuh telefon bimbit, ubat-ubatan dan komputer riba, 80 bungkus rokok, dua pasang seluar sukan dan peti menyimpang wang tunai.

Rowell berkata polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 457, Seksyen 395/397 Kanun Kesiksaan.

“Kita menjalankan operasi khas untuk mengesan suspek-suspek ini selepas kejadian dilaporkan kepada kami dan berjaya mengesan suspek-suspek ini dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Rowell berkata tiga supspek ini ditahan reman selama tujuh hari untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Beliau juga berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek yang disyaki ini dan berharap mereka yang mempunyai maklumat terhadap kegiatan jenayah di daerah ini agar segera menyalurkan maklumat ke polis daerah.

Turut hadir pada sidang media di Ibu Pejabat Polis itu ialah Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt Fadzil Mohd Ali dan Pegawai Penyiasat Kanan ASP Sharanjeit Singh.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline