|
2nd July, 2012
KOTA KINABALU: Sektor Perusahaan Kecil dan Seder- hana (PKS) di Malaysia ma- sih lagi merupakan sebuah sektor yang kecil, kata Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Michael Asang.
Katanya, sektor PKS pada masa ini masih berkeupayaan rendah dari segi pengeluaran dan bergantung kepada bantuan kerajaan dalam menjual produk di pasaran tempatan terutamanya perusahaan mik- ro.
“Kerajaan sedar tentang situasi PKS ini dan oleh itu, kerajaan telahpun melaksana- kan berbagai program dan aktiviti untuk membantu PKS agar sektor ini boleh menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagai penggerak dan pemacu dunia perniagaan sesebuah negeri,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penutupannya di Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil ‘Minggu PKS 2012’ Peringkat Negeri Sabah dan Karnival SDSI/PKS Sabah 2012 di Kompleks Sukan Likas, di sini, kelmarin.
Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Hashim Paijan, Pengarah Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan, Patrick Tan dan Pengerusi Penganjur ‘Minggu PKS dan Karnival Usahawan IKS/SDSI Sabah 2012’, Step- hen Sampil.
Michael berkata, dengan usaha dan program yang disediakan oleh kerajaan seperti ‘Minggu PKS dan Karnival Usahawan IKS/SDSI Sabah 2012’ ini dapat membentuk sektor PKS yang kuat, berkemampuan, berdaya saing, inovatif dan tidak begitu ber- gantung kepada Kerajaan seperti IKS yang terdapat di Jepun, Korea, Taiwan dan Thailand.
Dalam pada itu, Michael turut melahirkan kepuasan hatinya terhadap ‘Minggu PKS dan Karnival Usahawan IKS/SDSI Sabah 2012’ ini kerana katanya, ia telah mencapai objektif dengan memuaskan di mana pengusaha bukan sahaja berpeluang untuk mempromosi dan menjual produk, tetapi juga telah dapat menambah pengetahuan, pengalaman, pendedahan dan seterusnya membina rangkaian perniagaan masing-masing.
“Sudah pastinya pengunjung juga sudah dapat mengenalpasti dan mendalami betapa kayanya Sabah ini dengan produk, makanan dan budaya masing-masing,” kata- nya.
Selain itu katanya, penyertaan PKS bumiputera yang kian meningkat kini amat membanggakan dan diharap agar sektor ini akan berkembang maju secara keseluruhannya selaras dengan konsep 1Malaysia.
Sementara itu, ‘Minggu PKS dan Karnival Usahawan IKS/SDSI Sabah 2012’yang telah diadakan selama lima hari dan berakhir kelmarin merupakan acara yang terbesar yang pernah dianjurkan di mana sebanyak 150 gerai telah didirikan dengan jumlah peserta sebanyak 140 syarikat PKS yang diterajui oleh perusahaan mikro dari semua daerah di Sabah.
Untuk menarik lebih ramai pengunjung, sebanyak 22 aktiviti turut diadakan antaranya, pameran, bengkel, Menu Sabah, pertunjukan motor, futsal, dan karaoke.
‘Minggu PKS dan Karnival Usahawan IKS/SDSI Sabah 2012’pada kali ini telah menyaksikan Aljo Enterprise diumumkan sebagai Juara Produk Terbaik dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia memenangi kategori Gerai Terbaik.
|