Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
M’sia kobuu id sistom balajalan nung songovian manaak ponotohan kumaa balajalan doid tanak |  Tinimungan komuhakan mositi tomoimo poinsosoguhu kopongintangan: Musa |  MAZAA LAMAI KAAMATAN KOOVIT NOGI KOBUUON IKONOMI POGUN |  Mourinho: My worst ever season! |  Ibu bapa perlu beri penekanan terhadap pendidikan anak-anak |  Rodgers salutes retiring Carragher |  Denmark’s Hoyer-Larsen wins BWF presidency |  Sportsman Ricky on cloud nine |  31 motosikal disita dalam Ops Motosikal |  Holistic approach to elevate sports industry |  Raja Muda Perlis mahu rakyat celik media |  French president signs gay marriage bill into law |  Philippines rejects Taiwan ‘murder’ claims |  N Korea fires short-range missiles |  Pusat Khidmat Masyarakat BN akan diwujud: Razman | 
 BM

Umno Tuaran terus beri sokongan padu pada Musa

020712-lead-2a
HAJIJI (tengah) bersama Kassim, Jamaliah, Aliasgar dan Jamani menyanyikan lagu Umno sambil mengibarkan bandera kecil Umno dan BN.

2nd July, 2012

TUARAN: Umno Bahagian Tuaran akan terus memberi- kan sokongan padu kepada pucuk pimpinan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri untuk terus me- nerajui kepimpinan negeri.

Ketua Bahagiannya, Datuk Hajiji Haji Noor berkata, Umno bahagian itu akan tetap setia dan terus memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Musa yang selama ini mentadbir kerajaan negeri dengan baik.

“Pembangunan di negeri ini, kian berkembang pesat, mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik dan sumber kewangan yang kukuh.

“Kepimpinan kita di Tuaran sentiasa memberi sokongan padu dan tetap berdiri teguh dibelakang Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Ketua Menteri dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat perwakilan seren- tak Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno bahagian Tuaran 2012 di Dewan Sri Sulaman dekat sini, kelmarin.

Hajiji juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata: “Saya masih ingat waktu itu saya menjawat jawatan sebagai Pembantu Menteri Kewangan pada tahun 2001, dimana rizab kewangan negeri ketika han- yalah RM100 juta tapi atas kebijaksanaan Musa rizab kewangan negeri meningkat kepada RM3 bilion.

“Ini menunjukkan beliau mempunyai kepimpinan yang baik, dan mampu mentadbir negeri Sabah dengan baik dan diyakini. Jadi adalah tidak wajar kepimpinan beliau dipertikaikan,” katanya.

Beliau turut menyelar perbuatan segelintir pemimpin sama ada dalam Umno atau di luar Umno yang mempertikaikan kepimpinan Musa.

“Tidak perlu saya sebut siapa dia, tetapi ia menjadi paparan utama media masa dan ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Apatah lagi ketika menjelang pilihan raya. Kita berhadapan dengan parti pembangkang bukannya parti sendiri. Tugas kita adalah membantu parti untuk memperkuatkan jentera bagi menghadapi parti lawan,” katanya.

Hajiji berkata, Umno bahagian Tuaran adalah bahagian yang jujur dan taat setia kepada kepimpinan parti, dan akan terus mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Musa sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah.

“Dengan itu kami mengecam sekeras-kerasnya pihak yang mempertikaikan kepim- pinan Musa,” katanya, sambil disambut dengan teriakan ‘Hidup Datuk Musa, Hidup Datuk Hajiji’ dengan tepukan gemuruh oleh para pemimpin, para perwakilan pemuda dan wanita.

Hajiji juga mengajak pemimpin sayap Pemuda dan Wanita Umno Tuaran agar memastikan Umno terus kekal menerajui kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13).

“Kita akan terus membantu rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tuaran, DUN Kiulu dan DUN Tamparuli agar memperolehi kejayaan cemerlang dalam PRU-13 bukan sahaja untuk memastikan BN terus mentadbir kerajaan negeri dan pusat tetapi memberi mandat mutlak kepada Datuk Seri Musa sebagai Ketua Menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tuaran, Abdul Kassim Haji Razali, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tuaran, Puan Jamaliah Antalip, Timbalan Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Aliasgar Basri, Naib ketua Umno Bahagian Tuaran, Jamani Basri dan Setiausaha Umno Johari Saiman.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline