|
29th June, 2012
KENINGAU: Projek naik taraf jalan di tiga kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook kawasan Parlimen Pensiangan yang telah lama dinantikan penduduk kini bakal dilaksana pada bila-bila masa.
Melalui lawatan kerja yang dilakukan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansoor, baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM11 juta bagi tujuan naik taraf jalan yang akan memberi manfaat kepada 3,000 penduduk di sekitarnya disambut dengan penuh kegembiraan.
Kira-kira RM5 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf jalan raya Kampung Sodomon – Mailo sejauh 1.8 kilometer, manakala Jalan Biah Tengah – Skim Biah (2 kilometer) dan Jalan Biah Ring (2 kilometer) telah diperuntukkan RM3 juta setiap satu.
Ketua Kampung Biah Skim, Hamzah Matti, 52, berkata jalan raya sejauh 6 kilometer di kampung itu telah wujud lebih daripada 45 tahun dan selama ini pengguna jalan raya menggunakan jalan kerikil yang lebih banyak membawa kerosakan kepada kenderaan dan kadangkala jalan berada di dalam keadaan yang daif. Namun penduduk tidak mempunyai pilihan.
“Jalan raya ini telah pernah dinaiktaraf dari jalan tanah ke jalan kerikil, tetapi naik taraf yang telah diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberi keseronokan kepada rakyat kerana ia adalah jalan beraspal,” katanya.
Pengerusi JKKK Kampung Biah Skim, Supinah Lawih, 47, berkata jalan raya dalam keadaan yang terdahulu dan terkini adalah sangat buruk kerana pada musim kemarau, orang makan habuk, manakala pada musim hujan, orang makan lumpur.
“Selain daripada menjadi sangat bahaya kepada pengguna jalan raya, keadaan juga membawa ketidakselesaan kepada penduduk yang tinggal di sepanjang jalan raya kerana debu dan lumpur yang berpunca daripada jalan raya setiap hari,” katanya.
Ketua Kampung Kampung Sodomon, Jibing Miun, berkata jalan 1.8 kilometer di kampungnya telah wujud sejak awal tahun 70-an dan pada masa ini kira-kira 600 orang yang tinggal di kampung itu dan menggunakan jalan yang sama setiap hari.
“Kami telah berusaha untuk meminta pihak berkuasa menaik taraf jalan raya ini memandangkan banyak keadaan yang menjejaskan kehidupan rakyat di sini. Itulah sebabnya mengapa pengumuman oleh Shaziman adalah kelegaan untuk kita semua hari ini,” katanya.
Pengerusi JKKK Kampung Sodomon, Makurin Miun, 45, berkata sebagai pemimpin masyarakat yang mewakili rakyat di kawasan itu, beliau amat berterima kasih atas usaha kerajaan untuk meningkatkan kehidupan rakyat di sana.
“Kita bersyukur, bukan sahaja kerana kerajaan telah tanpa henti melihat ke dalam kehidupan rakyat di kawasan di luar bandar ini, tetapi juga memastikan bahawa kita sentiasa sedar bahawa kita tidak lupa,” katanya.
|