Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Duvo upisol SPRM om songuhun dazanak nopujulan kiniopon id kinohigaganan talun alun id Labuan |  10,778 unit hamin todoon id lahan pisokodungan do LPPB |  62 GERAN KOMUNAL PINAHABUS POLINTA |  Perkeso harap program pencegahan kurangkan kadar kemalangan |  Dua Pegawai SPRM dan bayi lelaki maut nahas jalan raya |  Cuepacs akan serah cadangan penjawat awam terus carum Perkeso kepada JPA |  Kalangan guru diberi amaran tidak buat perniagaan tanpa hirau waktu kerja |  K'jaan negeri ambil perhatian serius implikasi GST: Ramlee |  LPPB Sabah rancang bina 10,778 unit rumah mampu milik, kata Zakaria |  62 Geran Komunal dikeluarkan sehingga 31 Mei tahun ini: Musa |  Empat pelancong parah kereta dilanggar keretapi |  LAPORAN PERTEMPURAN TIDAK BETUL: KETUA ESSCOM |  Moyes kicks off United tenure at Swansea |  Justin: A match we can’t afford to lose |  Golf For Girls programme bearing fruit | 
 BM

Musa dorong graduan ceburi keusahawanan

290612-lead-2
TAWFIQ (tengah) menerima cenderahati daripada Idzrul, turut kelihatan Agil.

29th June, 2012

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu lebih ramai graduan menceburi bidang keusahawanan bagi mening- katkan taraf sosio ekonomi sekaligus menyumbang ke- pada kemajuan dan kemampanan ekonomi negeri.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk me- wujudkan persekitaran ekonomi dan perniagaan yang kondusif termasuk dalam bidang keusahawanan.

Katanya, dalam masa yang sama, banyak jabatan dan agensi negeri turut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk premis, khidmat nasihat dan bimbingan selain bantuan kewangan dan pinjaman kepada para usahawan.

“Cabaran dan rintangan adalah lumrah dalam dunia keusahawan. Saya percaya dengan adanya penglibatan para usahawan yang telah berjaya, ia boleh membantu mereka yang baharu berkecimpung, terutama dalam konteks berkongsi pengalaman semasa memulakan perniagaan sehinggalah bergelar usahawan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis perasmian program ‘Young Meet Young 2012’ yang disertai usahawan-usahawan muda berjaya dalam perniagaan masing-masing, di Auditorium YTL UMS, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaikan oleh Pembantu Men- teri Kewangan Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Musa turut menyambut baik penganjuran program seumpama itu yang bertepatan dengan usaha kerajaan mema- cu ekonomi seiring dengan Halatuju pembangunan negeri dan nasional iaitu program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau berkata, dalam menghadapi dunia perniagaan dan keusahawanan yang semakin kompetitif, para usahawan perlu mengaplikasikan pendekatan yang lebih moden, dinamik dan efisien bagi me- ningkatkan produktiviti dan kualiti serta menambah baik produk, dengan penggunaan teknologi terkini.

“Usaha ini boleh dicapai dengan memanfaatkan pelbagai hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam kalangan penyelidik di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan agensi kerajaan seperti UiTM, UMS, SIRIM dan Mardi,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Penganjur merangkap Penge- rusi Persatuan Usahawan Generasi Muda Berjaya Ma- laysia (GMB) Sabah, Idzrul Azraai Dato Hj. Mohd Idrus dan Pengerusi GMB Malay- sia, Agil Faisal.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline