|
29th June, 2012
KOTA KINABALU: Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) akan mula dikuatkuasakan di Sabah pada 1 Julai depan.
Pegawai Perhubungan Awam yang juga Penolong Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Ketirah Hank berkata pelaksanaan SPIKPA itu sudah mendapat kebenaran dan persetujuan kerajaan Sabah serta mendapat kerjasama daripada Jabatan Imigresen Sabah.
Beliau berkata skim insurans berkenaan sudah dilaksanakan di Semenanjung sejak 1 Januari tahun lepas.
Berikutan itu, katanya, semua pekerja asing kecuali pembantu rumah diwajibkan untuk membeli polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing dengan bayaran premium insurans maksimum sebanyak RM120 setahun.
“Obligasi untuk menanggung polisi insurans ini terserah kepada majikan dan pekerja untuk memutuskan sama ada ditanggung oleh majikan atau pekerja masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.
Ketirah berkata pekerja asing yang gagal membeli polisi insurans itu tidak akan dibenarkan untuk mendapatkan atau memperbaharui permit kerja atau pas lawatan kerja sementara apabila tamat tempoh kelak.
Beliau berkata majikan atau pekerja asing boleh mendapatkan polisi insurans itu daripada wakil atau ejen 26 syarikat insurans yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Ketirah berkata syarikat insurans terbabit ialah Allianz General Insurance Bhd, AXA Affin Insurance Bhd, Berjaya Sompo Insurance Bhd, ACE Jerneh Insurance Bhd, Kurnia Insurans (Malaysia) Bhd, Lonpac Insurance Bhd, Zurich Insurance Malaysia Bhd, MUI Continental Insurance Bhd, Oriental Capital Assurance Bhd, Progressive Insurance Bhd, QBE Insurance (M) Bhd, RHB Insurance Bhd, Syarikat Takaful Malaysia Bhd.
Turut tersenarai ialah Overseas Assurance Corporation (M) Bhd, Takaful Ikhlas Sd Bhd, The Pacific Insurance Bhd, Tokio Marine Insurance (M) Bhd, Etiqa Insurance Bhd, Etiqa Takaful Bhd, Uni Asia General Insurance Bhd, Multi-Purpose Insurans Bhd, ING Insurance Bhd, AmG Insurance, MAA Takaful Bhd, MSIG Insurance (Malaysia) Bhd and Hong Leong M
|