Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Perkob mokianu do panaakan kalaja miampai potihombus poinsavaton gisom RM40 ngobu |  Komontilian manaak pongumbanganan kumaa kopokionuan vinakas id Sabah: Dr Maximus |  HAANG TOSIKAP POLINTA PISOMPUUVAN MONONUIDONG DO ESSCOM GINATANG |  NIOSH yakin akan wujud kerjasama dengan KKIP |  Pasangan suami isteri kerugian RM5,000 rumah dipecah masuk |  Pesakit Thalasaemia di Hospital Ranau perlu 120 pain darah sebulan |  Pemandu terbabit pelanggaran lori dan keretapi dibebaskan |  IKS Bumiputera akan terajui Minggu IKS Sabah 2013 |  Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia |  Sabah hargai K’jaan Pusat tubuh ESSCOM, ESSZONE |  Kerajaan sedia RM186.9 juta kepada JKR untuk bina jalan raya seluruh Sabah |  TYT: SABAH DAYA TARIKAN PELABUR ASING, TEMPATAN |  Maijol not seeking re-election |  Long standing feud between basketball associations over |  Fruitful outing for Qiao Ni | 
 BM

Tawfiq: Enam kali lompat, Jeffrey belum juga temui penyelesaian

28th June, 2012

KOTA KINABALU: Adalah amat malang bagi politik Sabah apabila seorang pemimpin politik menggunakan ‘mencari penyelesaian untuk Sabah’ sebagai alasan untuk mempertahankan tindakannya enam kali dari satu parti ke satu parti lain.

Pembantu Menteri Kewangan yang juga Wakil Rakyat Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata alasan yang dibuat oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan adalah tidak munasabah dan mempunyai justifikasi.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin politik, Dr Jeffrey perlu memperkatakan fakta sebenar tentang sejarah politiknya.

“Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman tidak melompat parti dari Usno ke Umno seperti yang didakwa oleh Dr Jeffrey,” katanya sambil menambah semasa Persidangan Khas Usno pada 1991, keputusan telah dicapai agar semua cawangan dan bahagian Umno masuk secara beramai-ramai ke Umno.

“Hanya ketika itulah Datuk Seri Musa menjadi ahli Umno. Sebenarnya ketika menjadi ahli Umno parti itu menjadi pembangkang di negeri ini ketika itu dan apa yang paling penting beliau tidak pernah melompat parti sebagai wakil rakyat tidak seperti Dr Jeffrey,” katanya.

Beliau juga berkata Dr Jeffrey meninggalkan PBS pada 1994 untuk menubuhkan PBRS tetapi tidak lama selepas itu meninggalkan parti itu untuk menyertai Akar Bersatu.

Selepas itu Dr Jeffrey apabila gagal menjadi Presiden Akar, beliau kembali semula ke PBS.

Tawfiq menambah, Dr Jeffrey kemudiannya meninggalkan lagi PBS apabila beliau gagal menempatkan dirinya untuk menjadi antara pemimpin utama dalam parti itu.

Selepas meninggalkan PBS, dia cuba memohon memasuki Umno sebelum pilihan raya 2004 tetapi tidak diterima.

“Sejarah terus berulang sendirinya apabila Dr Jeffrey menyertai semula PBRS tetapi dia tidak dapat bertahan lama dalam parti itu apabila dia gagal untuk menumbangkan Tan Sri Joseph Kurup sebagai presiden parti,” katanya.

Beliau berkata setelah segala usahanya gagal, Dr Jeffrey mencuba nasibnya bersama pembangkang dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Tetapi beliau tetap dengan perangai lamanya dan Dr Jeffrey meninggalkan parti itu apabila tidak dilantik menjadi ketua parti itu di Sabah,” katanya.

“Hari ini Dr Jeffrey mengetuai STAR Sabah tetapi saya tidak tahu berapa lama ia akan dapat bertahan,” katanya.

Sementara itu, Tawfiq berkata beliau amat hairan sekali setelah melompat begitu banyak kali dengan menyertai banyak parti, Dr Jeffrey masih juga belum dapat menemui penyelesaian mengenai masalah Sabah.

“Karier politiknya tidak akan pernah statik, ini sudah pasti. Bagaimanapun sudah menjadi tabiat beliau untuk cuba menumbangkan atau menggulingkan bosnya atau dalam erti kata mudah ‘lawan bos’,” katanya sambil menambah beliau sering bertanding untuk jawatan tertinggi saja.

“Ini menjelaskan tindakannya ini hanyalah untuk kepentingan peribadinya saja,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline