Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

SPEAKER TEGUR ANGGOTA PARLIMEN  

28th June, 2012

KUALA LUMPUR: Sikap segelintir Anggota Parlimen yang suka berpolitik semasa berhujah pada persidangan Dewan Rakyat ditegur Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelmarin yang menyifatkan perbuatan itu hanya membuang masa dewan.

Katanya, Anggota Parlimen seharusnya menggunakan peluang yang diberi untuk berhujah perkara yang sepatutnya terutama pada sesi soal jawab dan meninggalkan politik di luar Dewan.

“Berucap panjang kalau tak ada isi serupa dengan ucapan pendek tapi padat. Timbanglah sikit pada pegawai Parlimen yang sampai jam 12 pagi (tengah malam menunggu urusan dewan selesai) duduk di sini. Kalau saya hadkan masa (berhujah) semua melenting, tidak cukup masa… tapi bila bagi peluang hujah semua politik.

“Sudahlah…(jangan) politik itu dalam dewan, biarlah politik di luar sana.

Tak tidur pun tak apa,” katanya.

Terdahulu, Pandikar Amin menegur M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bangun untuk bertanya soalan tambahan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semasa sesi soal jawab menuduh kononnya kementerian itu banyak mengadakan program yang melibatkan anggota Umno semata-mata.

Tuduhan bertubi-tubi Kulasegaran yang turut mengaitkan peribadi menteri serta beberapa Anggota Parlimen lain mengundang kemarahan Pandikar Amin dan mengarahkannya supaya duduk.

“Saya cukup sabar pada sidang kali ini. Sesiapa pun yang saya panggil untuk bertanya tapi kalau buat macam Ipoh Barat, lain kali kalau saya tidak panggil lagi jangan salahkan saya…kerana setiap soalan yang saya dengar dari Yang Berhormat (Kulasegaran) mesti ada konotasi politik. Boleh tak itu hilangkan dahulu?” tegasnya.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang bangun untuk mengingatkan Pandikar agar tidak memberi peluang lagi kepada Kulasegaran turut menerima menerima teguran apabila Speaker secara sinis berkata: “Pasir Mas, saya tidak jemput Pasir Mas (untuk bangun berucap).”

Sementara itu Ungkapan ‘wanita kini semakin bimbang dan rasa tidak lagi selamat’ oleh anggota Parlimen pembangkang mencetuskan ‘perang mulut’ antara beberapa wakil rakyat pada persidangan Dewan Rakyat.

Malah, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) turut membuat dakwaan bahawa wanita masih merasa tidak selamat walaupun statistik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menunjukkan kejadian jenayah menurun.

Fong membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri di sini.

Datuk Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang tidak senang hati dengan tuduhan itu bangun mempertahankan bahawa kenyataan itu hanyalah persepsi yang tidak semestinya menggambarkan pendirian semua wanita.

“Tak betul kata kerajaan gagal, kita ada fakta, kita ada statistik. Jangan kata sembarangan, bukan semua, jangan katakan satu dua kes itu sebagai semua, itu tidak adil,” katanya.

Turut menghangatkan perdebatan ialah Tian Chua (PKR-Batu) yang mempertahan kenyataan Fong dan Datuk Dr Mohamed Shahrum Osman (BN-Lipis) yang menyifatkan beberapa kes rompakan melibatkan wanita sengaja diperbesar untuk tujuan politik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop ketika menggulung perbahasan menyifatkan kenyataan Fong itu seolah-olah cuba mengatakan negara ini perlu sifar jenayah sedangkan tahap keselamatannya telah diiktiraf badan-badan antarabangsa.

Abu Seman berkata indeks kedudukan negara dari segi jenayah adalah lebih baik berbanding negara lain dan peranan pihak keselamatan dalam hal itu seharusnya tidak dipertikai dan diperkecilkan.

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) kemudian dilulus bagi memohon peruntukan tambahan berjumlah RM13,795,345,000 bagi perbelanjaan mengurus.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline