Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Misi bantuan kemanusiaan usaha terpuji: Ampong

24th June, 2012

SANDAKAN: Ketua Umno Bahagian Sandakan, Tan Sri Haji Ampong Puyon, berkata inisiatif pihak Kolej Mara Banting melaksanakan program misi bantuan kemanusiaan untuk kali kedua di Pulau Berhala kira-kira 1 batu nautika dari sini sebagai satu usaha terpuji dan sewajarnya menjadi contoh kepada semua pihak.

Ini katanya, sepanjang program ia telah menekankan nilai-nilai murni sekali gus menggalakkan pelajarnya menyertai aktiviti kemasyarakatan bagi mendidik mereka supaya lebih menghargai alam sekitar dan peka terhadap masyarakat.

Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada kolej berkenaan kerana memilih semula kampung di pulau ini yang mana penduduk di situ turut teruja dengan pemilihan disifatkan sebagai penghargaan kepada kepulauan mereka.

“Saya berasa bangga dengan misi penganjuran ini terutama ia memberi penekanan kepada penerapan nilai-nilai murni termasuk soal pembelajaran yang telah dapat membantu perkembangan minda anak-anak di pulau ini menerusi aktiviti 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Seramai 27 Pelajar Kolej Mara Banting kepada Keluarga Angkat di perkampungan tersebut.

Program dikendalikan Kelab Smiling Soul di kolej tersebut telah pun berlangsung sejak 10 Jun hingga 14 Jun yang lalu dan mendapat sambutan menggalakkan apabila penduduk sekitar di kepulauan ini keluar beramai-ramai setiap aktiviti yang dijalankan.

Ampong menyifatkan aktiviti sebegini mampu meringankan beban dan sekali gus memberi peluang para pelajar untuk menyelami hati nurani penduduk di kepulauan itu.

“Selain aktiviti pembelajaran, turut menarik perhatian saya ialah program penyembelihan daging apabila semua penduduk sekitar keluar beramai-ramai untuk bersama pelajar menjayakannya secara berpadu tenaga. Dari situ, kita nampak betapa eratnya hubungan silaturrahim dan suasana harmoni ini tentu sekali memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh peserta program,” jelasnya.

Katanya, program seumpama ini membantu pelajar untuk melihat sendiri suasana perkampungan dan kemajuan yang telah dikecapi penduduk di situ yang kebanyakannya hidup sebagai nelayan.

Malahan, katanya, perkampungan di kepulauan itu sudah membangun apabila banyak bantuan dan pelaksanaan projek-projek kecil yang disalurkan atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui wakil rakyatnya.

“Saya pasti pelajar yang mengikuti sepanjang program ini akan memperoleh sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berguna terutama dari segi penerapan nilai-nilai murni. Walaupun pada hakikatnya ada cabaran yang dihadapi sewaktu berada di Pulau Berhala, namun anggap saja ia adalah satu pengalaman baru hidup dalam komuniti yang unik dari segi adat resam dan budayanya apalagi penduduk kebanyakan berketurunan Bajau,” ujarnya.

Ampong juga menghargai bantuan dan sokongan pihak tentera di kepulauan itu yang turut memberikan kerjasama sepanjang program tersebut.

Sementara itu, Ketua Kampung Pulau Berhala iaitu Rawi Masud merakamkan terima kasih kepada pihak kolej kerana memilih kampung mereka untuk misi kemanusiaan kali ini.

“Kami merasa bangga kerana kampung kami dipilih semula. Kami harap, sepanjang berada di sini para pelajar sentiasa sabar maklumlah kampung kami masih serba kekurangan.

“Begitu pun, saya bangga dengan semangat pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan mereka terutama dalam mendekatkan diri dengan penduduk kampung. Ini satu usaha yang baik sekali terutama dalam aspek silaturrahim,” tambahnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline