Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Penduduk minta jalan raya rosak, terhakis di Kg Barumbai dibaiki

22nd June, 2012

GADONG: Jabatan-jabatan berkaitan diminta segara mengambil tindakan untuk memperbaiki kerosakan jalan jalan raya di Kampung Berumbai Gadong.

Jalan itu juga yang sering digenangi air dan di beberapa lokasi jalan khususnya di pinggir sungai hanya menunggu masa untuk putus.

“Jalan raya berdekatan dengan sungai itu kini semakin serius terhakis dan ianya dibimbangkan runtuh pada bila-bila masa,” kata seorang penduduk yang tidak mahu namanya tidak disiarkan semasa menghubungi dan menghantar gambar-gambar jalan raya di Kampung Berumbai dalam Dun Lumadan ke New Sabah Times di sini, kelmarin.

Beliau yang mewakili penduduk Kampung Berumbai itu memberitahu mereka paling bimbang sekiranya ianya jalan itu dilalui oleh kenderaan dan tiba-tiba saja ianya runtuh ianya sudah pasti mengancam nyawa.

“jalan raya berkenaan juga sering tenggelami air dan air akan bertakung di sepanjang jalan sehingga berhari-hari terutama sekali ketika air pasang ditambah lagi jika pada masa yang sama hujan turun,” katanya.

Beliau mendakwa masalah ini telah berlarutan namun belum ada sebarang tindakan diambil dan keadaan ini telah mendatangkan kesukaran kepada penduduk khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah dan kepada penduduk yang berulang alik bekerja ke pekan.

“Disebabkan keadaan jalan raya yang rosak ini ianya melembabkan pergerakan atau aktiviti penduduk lebih-lebih lagi jika ada majlis-majlis perkahwinan yang mana para jemputan tidak dapat hadir kerana jalan telah ditenggelami air,” dakwanya.

Sehubungan dengan itu, katanya beliau memohon keprihatinan kerajaan supaya segera menyelesaikan masalah ini demi kepentingan penduduk.

Pada masa yang sama beliau turut meminta supaya Wakil Rakyat Dun Lumadan, Kamarlin Ombi dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Haji Ahmad campur tangan bagi mengatasi masalah ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline