Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Pelajar UiTM menang empat gelaran pertandingan Miss Earth Sabah 2012

180612-lead-11b
BANGGA ... Joanna Marie diapit oleh ibunya (kiri), bapa dan adiknya.

18th June, 2012

KOTA KINABALU: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Joanna Marie Faurillo, 20, memenangi empat gelaran termasuk gelaran utama Miss Earth dalam pertandingan Miss Earth Sabah 2012, di Magellan Sutera Harbour, di sini, pada malam Sabtu.

Tiga gelaran sampingan yang dimenanginya itu ialah Miss Facebook Favourite Sutera Harbour, Miss Natural Beauty dan Miss Pasific Sutera Best In Talent.

Dengan kemenangan itu beliau memenangi hadiah wang tunai sejumlah RM5,300, boucer RM500, pakej percutian, tiara, sash dan trophy.

Joanna yang meminati skuasy, menari dan menyanyi berkata, dia sanggup mengorbankan untuk tidak menggunakan beg plastik dalam usaha melindungi alam sekitar.

“Sebelum menyertai pertandingan Miss Earth saya lebih suka menggunakan beg plastik terutamanya ketika membeli belah kerana sudah biasa menggunakannya sejak kecil, tetapi setelah menyertai pertandingan ini dan mengikuti pelbagai aktiviti berkaitan perlindungan alam sekitar, saya dapati beg plastik antara penyumbang utama pencemaran alam sekitar.

“Oleh itu, untuk mendidik dan menerapkan amalan ‘tiada beg plastik’ dalam masyarakat, kita sendiri harus mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggantikannya dengan beg kertas atau beg mesra alam,” katanya ketika ditemui selepas dimahkotakan Miss Earth Sabah.

Turut hadir Pengarah MNE Productions Sdn. Bhd, Mandy Nandu, Wakil Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Wakil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Miss Earth Sabah 2011 Olivia Vun.

Anak ketiga daripada empat orang adik beradik itu berharap dapat menerapkan amalan kitar semula dan mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan ahli keluarga.

“Saya bertekad untuk tidak menggunakan beg plastik terutamanya ketika membeli belah. Saya akan meletakkan beg kertas atau beg kitar semula dalam kereta atau di mana-mana sahaja di rumah supaya semua ahli keluarga tiada alasan untuk tidak menggunakan beg plastik,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemenangannya, Joanna berkata dia gembira dan tidak menyangka memenangi Miss Earth Sabah.

“Ini adalah hadiah saya untuk bapa saya sempena Hari Bapa,” kata bekas pelajar SM All. Saints Likas. Bapa Joanna iaitu Ricardo Stanley Furillo dan ibunya Diane Wong Mansagang serta adiknya Julie Ann turut hadir memberi sokongan.

Sementara itu, tempat kedua Miss Earth Sabah dimenangi oleh Deidre Ann Walker, 18. Beliau turut memenangi gelaran dan Miss Earth-Air 2012. Dengan kemenangan itu Deidre menerima hadiah wang tunai RM3,000, pakej percutian, tiara, sash dan trofi.

Grace Chang Siew Ling,19, memenangi tempat ketiga dan gelaran Miss Earth Sabah-Water 2012. Selain itu beliau juga memenangi dua gelaran sampingan iaitu Miss Eco Green Giant dan Miss Most Creative Eco Costume.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Miss Earth –Fire, Xandria Ban Kah Yee, 18. Beliau turut mememangi gelaran Miss Congeniality 1Borneo.

Gelaran sampingan lain seperti Miss Eco-brainy Agro Ecologic dimenangi oleh Isabelle Ng Yuin Yuen, 22, Miss Photogenic Christini Loo Ai Ling, 21 dan Miss Fitness Tatiana Rudolf J.Millip, 18.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline