Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Penubuhan Kolej KDM bukti BN prihatin: Musa

180612-lead-2c
ALBUM KENANGAN … Najib (lima kanan) bersama Musa (tiga kanan) bergambar kenangan dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KDCA.

18th June, 2012

TAMBUNAN: Penubuhan Kolej KDM di daerah ini bukti yang menterjemah keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada semua kaum di negara ini khususnya di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, ini jelas menunjukkan kepimpinan BN yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak prihatin kepada rakyat.

Katanya, Kolej KDM yang diwujudkan di daerah ini bukan sahaja Tambunan tetapi ia turut memberi manfaat kepada kawasan Pedalaman yang merangkumi Keningau, Tenom dan Nabawan serta Sabah keseluruhannya.

“Inilah cara BN majukan rakyat tanpa mengira keturunan, kaum dan kepercayaan,” katanya semasa berucap sempena Majlis Bersama Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Kolej KDM Tambunan yang disempurnakan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak di Pisompuruan Sguare di sini kelmarin.

Musa berkata, selain Kolej KDM, banyak lagi pembangunan untuk rakyat telah dilaksanakan melalui pimpinan pemimpin nombor satu negara (Najib) sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

“Rakyat perlu bersyukur kepada pemimpin yang banyak berfikir untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat seperti Perdana Menteri yang kita sayangi dan sanjungi,” kata Musa.

Beliau berkata, Perdana Menteri bekerja siang dan malam untuk memajukan rakyat dan walaupun sibuk dengan urusan-urusan pentadbiran negara tetapi sanggup dekati rakyat di setiap pelusuk di negara ini termasuk di Sabah.

Justeru itu katanya, rakyat jangan terpengaruh dengan cakap-cakap pembangkang yang melontarkan tomahan kepada kerajaan yang mengatakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membangunkan rakyat di Sabah.

Kerajaan BN kata Musa, prihatin kepada rakyat dan Kerajaan Persekutuan telah memberi bantak pembangunan kepada rakyat.

Ini katanya, kerana kuasa yang ada digunakan untuk memberi pembangunan dan bantuan kepada rakyat termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan kepada pelajar dan baucar buku kepada pelajar IPTA/IPTS.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Mohd, Salleh Tun Said, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Ketua Menteri Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin, Puan Sri Genevie Kitingan, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline