Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Program Institut Sinaran diiktiraf MQA

17th June, 2012

KOTA KINABALU: Men- teri Pembangunan Masya- rakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun berkata, semua program yang dikendalikan oleh Institut Sinaran mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Ma- laysia (MQA).

Sehubungan itu katanya, ibu bapa tidak perlu risau dengan kualiti pembelajaran di institut itu.

“Saya ingin memaklum- kan bahawa semua program yang dikendalikan oleh Institut Sinaran sepenuhnya diiktiraf oleh MQA dan ibu bapa tidak perlu risau dengan kualiti pembelajaran di institut ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis Konvokesyen Institut Sinaran di Dewan SM Tshung Tsin Sabah, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Setia- usaha Tetap Kementerian pem- bangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Janet Chee.

Turut hadir Ketua Pega- wai Eksekutif Institut Sinaran Lim Khoon Chin, Pengetua SM Tshung Tsin Sabah Hiew Hoh Sin, Pengerusi Persatuan Hakka Kota Kinabalu Datuk Yong Kyok Ming, pensyarah, para pelajar dan ibu bapa pelajar.

Pada majlis itu, seramai 175 pelajar institut itu masing-masing menerima sijil dan diploma.

Azizah berkata, Malaysia kini menjadi antara pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan berjaya menarik kira-kira 100,000 pelajar asing dari lebih 100 negara belajar di pelbagai sekolah antarabangsa, kolej dan universiti di negara ini.

“Ini menunjukkan negara kita menjadi tumpuan dan destinasi yang semakin popular oleh kebanyakan pelajar antarabangsa.

“Bagi memastikan kualiti pembelajaran negara kita te- rus kekal, semua institut pendidikan di Malaysia dikawal oleh MQA dan undang-undang lain seperti Akta Pendidikan 1996 dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1966,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan menjadikan sektor pendidikan sebagai salah satu daripada 12 sektor utama dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang.

“Dalam hal ini, kita menyedari bahawa infrastruktur pendidikan dan peluang yang mencukupi, pelaburan dan dasar-dasar yang sesuai telah disediakan kerajaan da- lam usaha untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia seterusnya merealisasikan matlamat menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Oleh itu saya menyeru rakyat di negeri ini supaya terus memberikan yang terbaik dalam apa sahaja bidang yang diceburi kerana setiap daripada kita berperanan penting menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Azizah turut menyeru ibu bapa supaya memberi sokongan terhadap penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti ko korikulum.

“Kepada para pelajar walaupun sibuk dalam aktiviti ko-kurikulum, saya berharap pelajar bijak mengurus masa dengan menseimbangkan kecemerlangan dalam kokurikulum dan akademik agar pencapaian dalam akademik tidak terjejas,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline