Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

K'jaan tidak pernah abai sekolah Cina

17th June, 2012

LAHAD DATU : Kerajaan tidak pernah mengabaikan mana-mana sekolah aliran Cina di daerah ini sebalik- nya mereka turut menik- mati pembangunan dan layanan yang sama seperti sekolah kerajaan yang lain.

Buktinya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chee Vun Lahad Datu, telah menerima durian runtuh sebanyak RM10,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu, Datuk Nasrun Haji Datu Mansur, yang disalurkan menerusi agihan peruntukkan Khas Adun semasa beliau melawat ke sekolah itu, kelmarin.

Peruntukkan itu adalah bagi tujuan membaik pulih prasarana dan mengecat bangunan Dewan Sekolah berkenaan yang telah agak usang.

Kata Nasrun, pemberian sumbangan berkenaan menunjukkan kerajaan terus komited dalam memastikan semua kaum tidak terpinggir dalam arus pendidikan Negara.

“Kerajaan memberikan segala bantuan yang diperlukan bagi memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik. Inilah tugas kami sebagai wakil rakyat bagi memastikan ke- perluan rakyat dipenuhi,” ujarnya.

Oleh itu, beliau juga ber- harap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh Kerajaan kerana BN sudah lama memberi bantuan supaya rakyat boleh menikmati kemajuan tanpa mengira kaum.

Terdahulu sebelum itu, Nasrun yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri turut mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah berkenaan, Tai Chong Fook berhubung keperluan di sekolah itu termasuk sekolah tadika berkenaan yang memohon bantuan peruntukkan bagi tujuan pembinaan bangunan bilik darjah baru dan bilik guru yang telah usang.

Bagaimanapun mengenai permohonan berkenaan,katanya beliau akan mengajukan perkara itu kepada kementerian yang berkenaan.

Sementara itu, Tai berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan kehadiran dan kunjungan wakil rakyat itu ke sekolah berkenaan.

“Kami amat berterima kasih kepada Nasrun kerana meluangkan masa melawat ke sekolah ini, sekali gus mendengar keperluan dan masalah yang dihadapi. Sesungguhnya keprihatinan beliau amat kami hargai dan kami amat berbangga menjadi warga sekolah ini,” katanya yang ditemui selepas lawatan tersebut.

Turut sama pada la- watan itu ialah guru besar SJK Chee Vun, T.L.Yong, Guru Besar sekolah Tadika Chee Vun, Rose Ngui Moi Kui, Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Lahad Datu, Aljen Johnny, Pegawai Kemajuan Mas- yarakat DUN Lahad Datu, Amat Paduka Kawoh dan ahli-ahli lembaga sekolah dan guru-guru.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline