Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Penduduk kawasan pedalaman tidak sabar menanti PM: Kurup

14th June, 2012

KENINGAU: Penduduk di kawasan ini kini tidak sabar menantikan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke daerah ini jelas Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Panglima Joseph Kurup.

Beliau yang juga merangkap Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia berkata, kehadiran julung-julung kalinya Perdana Menteri ke Kawasan Pedalaman itu amat dialu-alukan oleh rakyat kerana beliau begitu di julang di kawasan ini.

“Lawatan PM ke kawasan kita ini akan memberi peluang kepada rakyat kawasan ini berjumpa dengan beliau, yang cukup terkenal dengan amalan “Walk About”, secara bersemuka.

“Apa yang lebih lagi mengghairahkan penduduk di sini ialah hakikat bahawa Datuk Seri Najib begitu sinonim dengan tranformasi pembangunan yang drastik dilaksanakannya, lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman seperti Pensiangan,” jelas beliau.

Menurut Kurup, setelah tiga tahun Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini, agenda pembangunan negara terus berkembang pesat dengan penampilan faktor-faktor seperti NKRA.

“Dalam pada itu, ETP yang direncanakan oleh PM kita juga telah begitu banyak membawa perubahan-perubahan positif kepada rakyat jelata di kawasan ini samada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial.

“Di samping itu, kawasan Pensiangan turut mendapat lonjakan manfaat dengan pengwujudan pelbagai projek mega seperti BELB, BALB, JALB dan lain-lain lagi yang sedang dilaksana ketika ini,” jelas beliau.

Oleh yang demikian, Kurup menyeru kepada semua masyarakat, terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan berhampiran untuk hadir beramai-ramai menyambut kehadiran PM ke Keningau dan Sook pada 16 Jun ini.

Sudah pastinya pertemuan rakyat Pensiangan dengan pemimpin Negara di Sook Sabtu ini akan memberi kenangan berharga bagi rakyat di kawasan luar Bandar ujar Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline