Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Koonduan nopujulan kiniopon id kohigaganan talun |  KML kikahansanan tuutulus kobuu montok popoimbuhai susumikul kikualiti |  PETISYEN PRU13 MOSITI OONGOU OM OUHANAN ID SUANG TIMPU ONOM VUHAN |  Mahasiswa disaran sahut cabaran |  Jamil: M'sia sedia bantu negara berminat contohi pengurusan TH |  M'sia seru pihak berkonflik buang sifat esktrem |  Pasaran getah dijangka terus jatuh minggu depan |  Wanita maut nahas jalan raya |  Azizah: Usaha berterusan minimumkan isu kahwin bawah umur |  Pakatan Rakyat perlu main peranan sebagai parti pembangkang bertanggungjawab: Salleh |  PETISYEN MESTI SELESAI DALAM ENAM BULAN |  Canizares shoots clear atop leaderboard |  Santos accept Barca, Madrid bids for Neymar |  Nicol-Laura decider! |  RM40,000 in prizes awaits 4x4 enthusiasts | 
 BM

Muis: Wujud klinik kesihatan lengkap di Pulau Sebatik sedang diusahakan

14th June, 2012

TAWAU: Satu cadangan bagi mewujudkan sebuah klinik kesihatan yang dilengkapi dengan kemudahan katil, doktor tetap dan wad kecemasan kini giat diusahakan di Pulau Sebatik, demi kepentingan para penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Haji Abdul Muis Picho berkata, klinik kesihatan itu dicadang untuk dibina di kawasan Bergosong Besar iaitu di atas tanah seluas kira-kira 5 ekar yang sudahpun dikenalpasti.

“Saya bersama pegawai Pejabat Kesihatan Tawau sudahpun melawat tapak yang dicadangkan itu dan saya mengusulkan supaya jabatan berkenaan membuat permohonan tapak dengan Jabatan Tanah dan Ukur,” katanya.

Sebelum ini katanya, beliau sudah menyuarakan mengenai cadangan tentang klinik kesihatan itu kepada Timbalan Menteri Kesihatan namun difahamkan bahawa satu tapak diperlukan untuk tujuan terbabit.

“Kita berharap usaha ini akan berjaya direalisasikan kerana kita ingin melihat kemudahan kesihatan di pulau ini turut dapat dipertingkatkan demi keperluan kira-kira 4,500 penduduk,” katanya ketika ditemubual baru-baru ini.

Dalam hal lain, Muis berkata, golongan belia di Kg. Bergosong Besar kini berpeluang untuk memanfaatkan sebuah gelanggang futsal di kampung itu yang baru-baru ini sudahpun siap dibina dengan kos RM150,000.

Gelanggang terbabit adalah gelanggang futsal yang ketiga dibina di pulau itu selepas terbinanya kemudahan yang sama di Kg. Sungai Tongkang dan Kg. Mentadak sebelum ini.

“Dengan adanya kemudahan ini, golongan belia sudah tentu dapat beriadah dan bermain futsal bersama rakan-rakan mereka. Kita berharap gelanggang itu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Tambah beliau, pembinaan kemudahan sukan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa nasib dan keperluan penduduk di luar bandar sentiasa mendapat perhatian kerajaan, dari semasa ke semasa.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline