Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

MUSA: SABAH KOMITED PERKASA PENDIDIKAN

140612-lead-1
TAHNIAH... salah seorang pelajar menerima biasiswa daripada Musa sambil diperhatikan oleh Khalil (kiri).

14th June, 2012

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menerusi Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan terus memperkasa taraf pendidikan di negeri ini ke peringkat tertinggi untuk melahirkan lebih ramai modal insan cemerlang bagi mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini sejajar dengan hasrat KYS yang bakal dinaik taraf menjadi sebuah kolej universiti dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

“Kita minta supaya KYS dinaik taraf (menjadi) universiti yang mana sekarang dalam peringkat Kementerian Pengajian Tinggi dan pembinaan kolej yang dapat menempatkan lebih ramai pelajar selaras dengan KYS sebagai satu misi memberi pelajaran kepada anak-anak tempatan belajar ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah siri ke-23 kepada 25 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di Menara Tun Mustapha di sini, kelmarin.

Musa yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata kerajaan sentiasa melipatganda usaha bagi memastikan lebih ramai rakyat di negeri ini mendapat peluang meningkatkan pendidikan termasuk menyediakan peruntukan yang besar serta membangunkan infrastruktur pendidikan.

“Sebagai kerajaan yang peka dengan kehendak orang muda, kita berusaha untuk menyediakan pelbagai insentif berbentuk dana seperti biasiswa dan pinjaman kepada para pelajar.

Saya juga berharap anak-anak muda di negeri ini terus berusaha mencipta kejayaan dalam pelajaran dan sekaligus mengubah tahap kehidupan keluarga seiring dengan objektif Yayasan Sabah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, Musa yakin dan percaya negara tidak akan ketandusan kepimpinan sekiranya golongan muda yang merupakan aset terpenting terus memajukan diri mereka bagi meneruskan kesinambungan pembangunan negara.

Sementara itu, mengulas permintaan Persatuan Mahasiswa Sabah di Semenanjung agar syarat-syarat pemberian biasiswa dilonggarkan, beliau berkata: “Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah akan mengkaji apa jua pandangan dan permintaan meskipun syarat sudah diwujud lama yang mempunyai kriteria tertentu yang munasabah dan diterima pakai”.

Seramai 369 pelajar menerima tawaran tajaan biasiswa Cemerlang Negeri Sabah sejak dimulakan pada 1990.

Turut hadir pada majlis itu Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Herbert Timbun Lagadan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maznah Ghani , Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Khalil Datu Jamalul, ketua-ketua jabatan dan ibu bapa pelajar.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline