Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
M’sia kobuu id sistom balajalan nung songovian manaak ponotohan kumaa balajalan doid tanak |  Tinimungan komuhakan mositi tomoimo poinsosoguhu kopongintangan: Musa |  MAZAA LAMAI KAAMATAN KOOVIT NOGI KOBUUON IKONOMI POGUN |  Mourinho: My worst ever season! |  Ibu bapa perlu beri penekanan terhadap pendidikan anak-anak |  Rodgers salutes retiring Carragher |  Denmark’s Hoyer-Larsen wins BWF presidency |  Sportsman Ricky on cloud nine |  31 motosikal disita dalam Ops Motosikal |  Holistic approach to elevate sports industry |  Raja Muda Perlis mahu rakyat celik media |  French president signs gay marriage bill into law |  Philippines rejects Taiwan ‘murder’ claims |  N Korea fires short-range missiles |  Pusat Khidmat Masyarakat BN akan diwujud: Razman | 
 BM

Peranan SRS bantu pihak berkuasa cegah jenayah

8th June, 2012

KOTA KINABALU: Penolong Pengarah, Unit SRS, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah, Masri Rayner, berkata peranan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah bertujuan membantu pihak berkuasa mencegah jenayah dan membendung gejala sosial.

Katanya, SRS merupakan sebuah organisasi komuniti sukarela dengan penglibatan ahli masyarakat secara langsung dalam membantu mengawal dan menjaga tempat tinggal mereka supaya aman dan sejahtera.

Beliau berkata demikian pada Program Sesi Taklimat SRS dan Suai Kenal bertempat di Pusat Rukun Tetangga Sembulan Baru/Taman Sempelang kelmarin.

Program itu dianjurkan KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah khas untuk anggota-anggota SRS KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang.

Masri Rayner berkata, SRS merupakan satu institusi sosial dengan penglibatan secara langsung ahli masyarakat membantu pihak berkuasa mengawal keselamatan, memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda di kawasan tempat tinggal masing-masing.

Katanya lagi, anggota SRS yang diiktiraf dan diberi kuasa dalam menjalankan tugasan rondaan akan dibakalkan beberapa kelengkapan peralatan termasuk diberikan perlindungan insuran berkelompok kemalangan diri 24 jam sebanyak RM21,000.

Menurut beliau, kesedaran pemastautin terhadap pentingnya penubuhan SRS di kawasan tempat tinggal amat membanggakan di mana hingga pada hari ini sebanyak 168 Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah diwujudkan di Kawasan Rukun Tetangga di seluruh negeri Sabah.

Beliau menasihatkan Jawatankuasa SRS supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa Polis, RELA dan agensi penguatkuasaan lain untuk turut serta terlibat di dalam tugas meronda sukarela itu.

Dalam pada itu, Masri Rayner mengingatkan anggota SRS supaya sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan dengan tertib dan sopan semasa melakukan rondaan, sekaligus dapat memupuk interaksi dalam mengekalkan semangat kejiranan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

Beliau berharap SRS KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang ini dapat memberikan komitmen yang baik dan terus aktif dalam mengadakan rondaan dengan lebih teratur mengikut undang-undang yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan perlu (Rukun Tetangga) 1975 semasa melakukan rondaan.

Sesi taklimat dan suai kenal turut dihadiri Penolong Pengarah, Unit KRT, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah, Marhadi M. Adrin; Pengerusi KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang, Ketua SRS KRT Kg. Tanjung Aru, Haji Arinin Datuk Haji Pandin dan anggota-anggota PDRM Balai Polis Tanjung Aru.

Masri Rayner, Marhadi M. Adrin dan PDRM bersama anggota SRS kemudiannya menyertai aktiviti ‘Jom Kita Meronda’ di kawasan perumahan Taman Sempelang, Sembulan pada malam itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline