Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Rompak: Lelaki dipenjara 14 tahun, dua sebatan

8th June, 2012

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan dua sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana dua kesalahan merompak.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu ke atas Haris Habidin selepas laporan sosialnya dikemukakan di mahkamah.

Atas dakwaan pertama, Haris dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan sekali sebatan rotan kerana merompak seorang lelaki berusia 46 tahun, wang tunai RM120 dan mengakibatkan kecederaan kepada mangsa ketika melakukan perbuatan itu pada 12 Jan lalu kira-kira jam 4 petang dekat stesen Esso di Kg. Air di sini.

Kesalahan ini di bawah Seksyen 394 Kanun Kesiksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan kemungkinan denda atau rotan jika sabit kesalahan.

Dia menerima tujuh tahun lagi penjara dan sekali sebatan rotan kerana merompak seorang wanita berusia 56 tahun pada 14 April kira-kira jam 4.20 petang di sebuah hotel di Segama di sini.

Haris merompak wang tunai RM1,000 dan subang emas wanita itu menggunakan senjata.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 392/397 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan berasingan.

Berdasarkan laporan sosial, Pegawai Jabatan Kebajikan memberitahu mahkamah tertuduh mempunyai dua kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan kes ini adalah yang ketiga dirujuk kepada mereka.

Dalam rayuannya, Haris meminta hukuman ringan dikenakan terhadapnya kerana dia berasa malu dengan tindakannya itu dan berjanji tidak akan melakukan apa-apa jenayah pada masa akan datang.

Ketika ditanya oleh mahkamah kenapa dia lakukan jenayah ini, Haris berkata dia mempunyai masalah keluarga dan memerlukan wang itu untuk mengambil isterinya dari Semporna.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Aida Jaafar Mad Ariff meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

Beliau berkata hukuman juga wajar berjalan berasingan kerana tertuduh melakukan dua kesalahan berasingan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline