Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

IPTS disaran buat persediaan memudahcara terima pelajar

8th June, 2012

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menyarankan semua Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini supaya membuat persediaan memudahcara penerimaan golongan pelajar menerusi program Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL).

Beliau berkata, program itu yang diterajui oleh Malaysia Qualifiying Agency (MQA) amat menarik dan wajar mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk IPTS.

“Kementerian sedang membawa konsep pembelajaran sepanjang hayat ke satu tahap yang lebih tinggi menerusi program APEL.

“Ia bakal mewarnai lanskap pengajian tinggi dengan menyediakan akses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kepada satu golongan pelajar yang matang dan berpengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama IPTS Zon Sabah, di Pacific Sutera Harbour, di sini, kelmarin.

Hou berkata, program APEL memberi peluang kepada golongan pelajar matang dan berpengalaman yang tidak mempunyai kelayakan akademik asas untuk mendapatkan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama.

“Dengan cara ini, adalah dihasratkan agar individu berkenaan akan berjaya menggenggam sekeping sijil kelayakan diiktiraf, sekaligus meluaskan peluangnya mendapat pekerjaan yang lebih baik, seterusnya menaikkan taraf hidup,” katanya.

Beliau berkata program APEL yang hanya terbuka untuk warganegara Malaysia itu membolehkan seseorang memohon supaya pembelajaran terdahulunya sama ada dalam alam pekerjaaan atau yang lain diambil kira bagi melayakkannya memasuki program pengajian di peringkat sijil, diploma atau ijazah pertama.

Bagaimanapun katanya hak untuk memasuki program pengajian tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang diletakkan oleh Institut Pengajian Tinggi.

Katanya lagi, setakat ini, MQA menerima 30 permohonan daripada mereka yang berumur antara 23 hingga 45 tahun dan yakin lebih ramai akan memohon apabila program APEL diketahui umum.

“Saya merayu kepada IPTS supaya membantu kementerian menwar-warkan program APEL, sekaligus menjayakan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini.

“IPTS perlu kreatif merangka promosi khas, misalnya menyediakan perkhidmatan membantu golongan ini mendapatkan APEL, selain menawarkan insentif yang menarik,” katanya.

Hou turut menyeru pengurusan IPTS supaya memantau dan mengambil tahu kegiatan pelajar mereka di luar kampus bagi menjaga imej dan reputasi IPTS berkenaan.

“Reputasi dan imej IPTS boleh tercalar jika para pelajarnya dikesan terlibat dalam aktiviti dan kegiatan tidak mendatangkan faedah dari segi akademik mahupun pembangunan diri pelajar.

“Oleh itu saya berharap para pelajar khususnya supaya sentiasa berhati-hati apabila menyertai aktiviti pihak luar di luar kampus,” katanya.

Katanya lagi, selain membimbing para pelajar mengenai tujuan sebenar mereka di IPT, pihak pengurusan juga perlu melipatgandakan usaha mencari pendekatan baru untuk mengurus dan melayan pelajar mereka dengan baik.

“Para pelajar hendaklah dilayan sebagai anak didik yang perlu dibimbing dan digilap potensi mereka dan tidak melihat mereka sebagai satu komoditi perniagaan,” katanya.

Majlis KPT bersama IPTS itu antaranya bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada pengurusan dan pentadbiran IPTS mengenai pelbagai isu yang berkaitan pengurusan IPTS.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline